Saturday 17 December 2011

BORANG BANTUAN RAKYAT RM500

TARIKH : DECEMBER 2011
TEMPAT : MALAYSIA
REMARKS : BORANG BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA(RM500) mula diedarkan kepada semua rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan. Berdasarkan tinjauan/pemerhatian secara tidak rasmi, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan, boleh dikatakan rata-rata pusat pengagihan borang yg dibuka kehabisan borang.Dalam pada keterujaan mendapatkan borang, ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menjual borang tersebut pd harga tertentu walhal borang tersebut adalah PERCUMA(ada tertera pada borang).Sebarang kemusykilan sila rujuk LHDN yang berdekatan.
Borang_BR1M

PEKELILING SBPA(Skim Baru Penjawat Awam)

TARIKH : DECEMBER 2011
TEMPAT : PUTRAJAYA
REMARKS : SBPA VS SSM...Mulai Januari 2012, semua penjawat awam akan menikmati skim baru yang telah dibentangkan oleh PM masa Bajet tempoh hari. Sehingga ke hari ini, masih ramai yang keliru dan kurang jelas tentang beberapa klausa dalam pekeliling ini. Justeru itu, CUEPACS telah memohon JPA membuat penjelasan yg lebih terperinci terutamanya utk bbrp klausa spt exit policy dan kenaikan gaji 7-13%. Pekeliling SBPA 2012

Monday 5 December 2011

LIMA EXHIBITION LANGKAWI 2011

TARIKH : 06-10/12/2011
TEMPAT : LANGKAWI
REMARKS : LANGKAWI INTERNATIONAL MARITIME & AEROSPACE EXHIBITION kembali semula ke Langkawi. Jom ramai2 kita serbu Langkawi. Lagipun sekarang sekolah cuti TAPI the big problems is cuaca yg tak menentu(musim hujan), susah jugak nak berjalan2 bawak anak2 ni.Silap2 hari bulan demam budak2 tu.Apa2pun kalau ada kelapangan apa salahnya kita sama2 menyibukkan diri di Langkawi.

Friday 25 November 2011

JAMUAN PERPISAHAN PENGAWAS SMKG

TARIKH : 11/11/2011(JUMAAT)
MASA : 9.00AM
TEMPAT : KANTIN SMKG
REMARKS : Jamuan akhir tahun dan perpisahan(pengawas Form 5)yang melibatkan pengawas sekolah dan pengawas PSS telah diadakan oleh pihak sekolah bagi menghargai segala jasa dan sumbangan mereka membantu pihak sekolah. Majlis tersebut telah diserikan dengan kehadiran Pn Nor Hapipah(Tuan Pengetua SMKG)menyampaikan ucapan dan meluangkan masa untuk sesi fotografi.


Wednesday 10 August 2011

TAKLIMAT TERIMA NETBOOK

TARIKH : 04/08/2011(KHAMIS)
MASA : 9.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Taklimat ringkas oleh Pn. Nor Hapipah(Tuan Pengetua SMKG) dan Tn. Hj Dian (PK HEM) kepada 107 orang ibubapa yang telah terpilih untuk tawaran memiliki netbook oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM)bagi Fasa ke-2.

Tuesday 19 July 2011

PANORAMA SMKG

REMARKS : Terima kasih kepada kumpulan praktikum dari UPSI/UiTM sesi 2011 kerana meninggalkan hasil tangan yang begitu kreatif demi keceriaan SMKG.

MINGGU BAHASA

TARIKH : 04-15/07/2011
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : MINGGU BAHASA yang melibatkan panitia bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (Unit Bahasa)telah mengadakan pelbagai program sepanjang minggu tersebut. Tahniah kepada semua guru dari panitia berkenaan kerana berjaya menjalankan aktiviti tersebut dengan jayanya.

Sunday 17 July 2011

LARIAN 1M1S 1MALAYSIA

TARIKH : 02/07/2011(SABTU)
MASA : 7.30AM
TEMPAT : SMK GEDANGSA
REMARKS : LARIAN IMurid 1Sukan 1Malaysia serentak seluruh Malaysia telah berlangsung dengan jayanya. Semua murid dan guru seluruh Malaysia telah menyahut seruan Menteri Pendidikan dengan berlari tepat pada masa yang ditetapkan. Sebelum peserta memulakan larian, mereka terlebih dahulu mendengar perutusan oleh Menteri Pendidikan secara 'live' melalui kaca televisyen di sekolah masing2.

Thursday 14 July 2011

IKRAR AKUJANJI DISIPLIN

TARIKH : 28/06/2011(SELASA)
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Satu majlis ringkas bersama wakil ibu bapa dan pelajar yang telah digantung sekolah membaca ikrar akujanji mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Semoga hukuman gantung yang telah dilalui oleh para pelajar berkenaan dapat memberi pengajaran yang positif kepada mereka serta pelajar2 lain.

OPERASI RAMBUT

TARIKH :21/06/2011(SELASA)
MASA :8.30AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Operasi rambut telah dijalankan oleh unit disiplin sekolah bagi memastikan pelajar2 yang gagal mematuhi peraturan/amaran guru bg kes berambut panjang/fesyen diambil tindakan sewajarnya.

Tuesday 12 July 2011

BENGKEL E-LEARNING MOODLE

TARIKH : 24-26/05/2011
MASA : 8.00-4.00PM
TEMPAT : SMK AMPANG PECAH
RRMARKS : Bengkel Aplikasi E-Learning Moodle dalam P&P telah diadakan di SMK Ampang Pecah selama 3 hari bagi melatih guru2 berkenaan tentang pengaplikasian e-learning (menggunakan Moodle). Tenaga pengajar terdiri drp otai2/pensyarah ICT UPSI.Majlis penutupan rasmi telah disempurnakan oleh En. Zahri b. Haji Ramlan, Penolong Pengarah Kanan, Unit ICT dan Perkomputeran JPN Selangor.

PERTANDNGAN PUISI & LAGU

TARIKH : 27/04/2011(RABU)
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU Peringkat Daerah Hulu Selangor telah diadakan di SMK Gedangsa. SMK Gedangsa juga telah dipilih sebagai pengerusi/tuan rumah bagi menjayakan pertandingan Puisi dan Lagu peringkat negeri Selangor.

Monday 11 April 2011

TSUNAMI ACEH (2004) VS JEPUN (2011)

Kejadian tsunami di Jepun telah menggemparkan seluruh masyarakat dunia. Lumpuh/musnah sekelip mata sebuah negara maju dan berteknologi tinggi (Jepun)dengan ujian tersebut. Begitu juga di Aceh(Indonesia) telah melalui ujian yg begitu hebat drp Allah s.w.t. Dengan kehendak/ketentuan Allah, Masjid BaiturRahman terselamat drp musibah tsunami. Takziah buat keluarga mangsa. Sesungguhnya tiada perkara yg boleh menghalang/menidakkan akan KEBESARAN/KEKUASAAN ALLAH. Sama2 kita renungkan...



Tsunami: Banda Aceh, Indonesia Tags: Tsunami: Banda Aceh, Indonesia






.

KENAL DIRI MELALUI TARIKH LAHIR

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir Dari (Dr.Fadzilah Kamsah).. 1. Pemimpin 2. Lembut 3. Kemas (Cerewet) 4. Rajin 5. Boleh berbincang 6. Angin 7. Patuh 8. Bisnes 9. Glamour . Contoh: 20 05 1981 2 + 0 = 2 Maka kotak pertama adalah 2.. Kmudian campurkn semua nombor.. 2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26 Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti : 2 + 6 = 8 Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur dgn kotak kedua 2 + 8 = 10 Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi 1 + 0 = 1 Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya.. 2 : Lembut 8: Bisnes 1: Pemimpin Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna.. Tepuk Dada Perlahan2 & Tanya Ada Selera ke?...

Saturday 9 April 2011

MESYUARAT SEPAK TAKRAW MSSD

TARIKH : 07/04/2011(KHAMIS)
MASA : 2.30PM
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER SMKG
REMARKS : Mesyuarat penyelarasan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Hulu Selangor sekolah rendah dan menengah telah dijalankan dengan jayanya. Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah En. Norazimi (Peyelia Sukan PPD) dan Pn. Norhapipah (Pengetua SMKG).
En. Nor Azimi (Penyelia Sukan PPDHS) sedang memberi ucapan dan taklimat ringkas kepada semua pengurus pasukan sekolah rendah dan menengah bagi memastikan perjalanan kejohanan lebih lancar.

LADAP E-FILING & HEADCOUNT

TARIKH : 02/04/2011(SABTU)
MASA : 8.00-1.00PM
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
REMARKS : Taklimat tentang pengurusan e-filing telah disampaikan oleh 2 orang pegawai LHDN. Manakala taklimat berkenaan Headcount pula disampaikan oleh Puan Mazmin(Pengetua SMK Serendah). Semua guru SMKG telah bersama-sama menerima input daripada penceramah berkenaan.

BOLA BALING MSSDHS

TARIKH : 24/03/2011(KHAMIS)
MASA : 8.00-5.00PM
TEMPAT : SMK DATO HJ KAMARUDIN
REMARKS : Pasukan bola baling SMKG sedang makan tengah hari sementara menunggu pusingan ke-2 Kejohanan Bola Baling MSSD Hulu Selangor. Bersama-sama pemain ialah Cg Sukri(PK Koko) dan Cg Jamshari(Jurulatih).

Friday 8 April 2011

BACAAN SENYAP

TARIKH : 07/04/2011(KHAMIS)
MASA : 7.45AM
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Bacaan senyap 10 minit setiap pagi Khamis merupakan salah satu aktiviti oleh PSS bagi menyemai budaya membaca di kalangan warga SMKG, khususnya para pelajar.

CHORAL SPEAKING

TARIKH : 05/04/2011(SELASA)
MASA : 7.45AM
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Persembahan choral speaking oleh sekumpulan pelajar di bawah bimbingan Cg. Bobby(praktikum UPSI). Persembahan ini pernah/telah disajikan kepada ibu bapa semasa Hari Anugerah Cemerlang sebelum ini.

Tuesday 22 March 2011

PROGRAM NILAM

TARIKH : 21/03/2011 (ISNIN)
MASA : 7.45 PAGI
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Penyampaian sijil penghargaan Program NILAM kepada pelajar2 berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKG(Pn. Norhapipah Abu Hanif) semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Tuesday 15 March 2011

KENDERAAN PALING JIMAT MINYAK

REMARKS :Harga minyak dunia semakin melambung...Kini anda tak perlu risau dengan adanya produk terbaru jenis "easy rider" ini. Untuk maklumat lanjut sila berkunjung terus ke bilik pameran yg berdekatan tempat anda. Mereka yang berminat boleh 'test drive' terlebih dahulu sebelum berurusan dengan salesman bagi proses membuat 'loan'.Untuk makluman, kenderaan ini bertambah 'power' apabila ianya "naik minyak"...
MAAF GRAPHIC DI BAWAH HANYALAH ILUTRASI ADMIN SEMATA-MATA. SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
kereta lembu

BACAAN YASSIN PAGI JUMAAT

TARIKH : 11/03/2011(JUMAAT)...HARI AKHIR SEBELUM CUTI 1/2 PENGGAL 1
MASA : 7.30AM
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Bermula pertengahan 2010, semua guru dan pelajar muslim bersama-sama membaca surah Yassin setiap pagi Jumaat sebelum bermulanya sesi P&P. Foto2 di bawah menunjukkan suasana di Dataran SMKG selepas selesai majlis bacaan Yassin pada hari akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal 1.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...