Saturday 26 February 2011

SAYONARA TEMAN SEPERJUANGAN

REMARKS:Sudah menjadi lumrah alam setiap permulaan ada pengakhirannya...begitulah jua pertemuan dan perpisahan adalah asam garam kehidupan ini...Buat rakan2 seperjuangan yg pernah suatu ketika dulu sama2 di bilik guru/pejabat/kantin/padang... semuanya tetap menjadi memori indah. SAYONARA...teruskan perjuangan kita sbg pendidik walau di mana jua kita berada.

Friday 25 February 2011

SUKAN PADANG AKHIR

TARIKH : 24/02/2011(KHAMIS)
MASA : 3.00-5.00PM
TEMPAT : PADANG SMKG
REMARKS : Acara Padang Akhir telah berlangsung dengan jayanya pada sebelah petang selepas sesi persekolahan. Semua pelajar telah mengikut disiplin pertandingan yang telah disusun mengikut stesen2 seperti lompat tinggi/lompat jauh/lontar peluru/rejam lembing dengan pengawasan guru2. Tahniah buat semua pelajar dan guru2.

Friday 18 February 2011

SUKANTARA SMKG

TARIKH : 16/02/2011(RABU)
MASA : 7.45AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : SUKANTARA SMKG telah diadakan sebelah pagi. Walaupun cuaca di sebelah pagi agak berkabus dan padang yg basah namun semangat kesukanan yg tinggi telah ditunjukkan oleh para pelajar serta guru2/petugas.Tahniah....majulah sukan utk SMKG..Gambar2 lain akan diupload dlm masa terdekat...sebarang kesulitan amat dikesali.

TIPS MEMBELI LAPTOP


Berikut dikongsi sedikit panduan untuk rakan2 sekalian yang bercadang membeli laptop. Secara peribadi saya berpendapat laptop/netbook sudah menjadi satu keperluan pada masa kini. Secara analoginya saya rasa laptop ni ibarat handphone juga(mobile item). Maksud saya kalau kita guna PC (personal computer)kerja kita terbatas di suatu tempat shj..begitu juga kalau guna telefon rumah..huuuu btul ke analogi tuuu. Apa2pun jom kita kongsi tips di bawah:-

Jika anda masih belum membeli sebuah komputer riba biasanya, iklan-iklan komputer riba ini mungkin agak mengelirukan sedikit dengan menyatakan perkara – perkara seperti “2GB RAM, 8GB SSD, Level II cache,” dan sebagainya. Jadi ciri-ciri asas yang perlu kita ketahui ialah:

Processor. Terdapat banyak processor yang berbeza berada di pasaran menjadikan kita sukar bagi untuk memilih sesuatu yang betul dan bertepatan untuk kita. Sekiranya kita memandang untuk prestasi yang mengagumkan seperti yang terdapat pada Intel® Core™ processor. Jika kita telah mempunyai satu komputer riba atau komputer meja dan mencari satu komputer riba kecil yang dipanggil netbook,kita patut mengetahui tentang Intel® Atom™ processor .

Saiz skrin. Pada hari ini terdapat banyak saiz – saiz dalam computer riba. Anda boleh memilih satu tablet saiz komputer dengan sebuah skrin iaitu sekecil lima inci lebar atau sebesar gergasi dengan skrin 20 inci skrin yang sempurna untuk bermain DVDs, video dan game. Jadi pilihlah saiz skrin yang bersesuaian dengan anda.

Jangka Hayat bateri. Dalam beberapa tahun lepas, bateri komputer riba hanya boleh bertahan dalam tempoh lebih kurang dua jam. Pada waktu kini dengan kemajuan-kemajuan yang mengagumkan dalam processor technology, sistem pengendalian, dan teknologi bateri, komputer-komputer riba dapat bertahan lebih kurang lapan jam atau lebih sebelum ianya di cas semula. Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

RAM. Random Acsess Memory atau ianya bermaksud ‘memori capaian rawak’. RAM menyediakan ruang untuk membaca dan menulis data untuk dicapai oleh komputer riba anda. Sesetengah computer riba hadir dengan 512 MB RAM , tetapi kebanyakan pengguna komputer akan mahu sekurang-kurangnya 1 GB atau yang lebih. Anda juga boleh meng ‘upgrade’ ram ini pada masa akan datang.

CD / DVD Drive. Komputer riba yang bagus boleh bertindak seperti satu pusat hiburan serta alat perniagaan. Sesetengah disc drive hanya boleh membaca CD-ROMs dan sesetengah yang lain boleh merekodkan CD dan DVD.

Storage Space. Bermaksud Ruang simpanan. Contohnya dengan 160GB anda boleh menyimpan hampir 40,000 buah lagu pada computer riba anda. Jadi sekiranya terdapat lebih ruang simpanan untuk komputer riba anda ianya lebih baik.

Tapi apa yang bagusnya kita boleh membeli ‘external hard disk’ untuk meningkatkan ‘storage capacity’ bagi melakukan kerja – kerja tambahan yang memerlukan ruang simpanan yang lebih besar.

Ethernet Port. Tidak semua model-model komputer riba semasa terdapat Ethernet port yang boleh menghubungkan komputer dengan satu modem DSL . Nanti tak boleh pula nak bertenet…

WiFi. Jika komputer riba baru anda ada WiFi membolehkan anda menggunakan tempat tumpuan wayarles seperti kedai kopi pak mat, perpustakaan-perpustakaan,menara condong teluk intan atau mana – mana terdapatnya spot WiFi ni. Kalau ada WiFi dan anda selalu keluar menjalankan tugas ianya menjadi mudah bagi anda

Itulah serba sedikit tips – tips sekiranya anda nak membeli seketul Laptop atau psp computer riba..

Dan yang terakhir pasal pre –loaded software dan license agreements. Pastikan software yang original kadang – kadang computer baru ni datang dengan dengan trial version selama 60 hari atau kurang. Dah habis tempoh percubaan kena beli pula.

Jadi sebelum membeli sebuah computer riba, Tanya dengan jurujualnya apa software pakej yang diserta bersama pembelian tersebut.. kalau tak pandai bawalah kawan – kawan yang arif mengenai computer riba ni. Ambil langkah yang selamat.. supaya anda puas hati…. INGAT Anda beli laptop ikut keperluan anda bukannya ikut orang lain.

Monday 14 February 2011

ISTIMEWA BUAT WARGA SMKG: ISO

ISO/IEC 20000 Certification and Implementation Guide - Standard Introduction, Tips for Successful ISO/IEC 2...

PANDUAN DOA MAJLIS RASMI

PanduanDoa

TAKLIMAT SUKANTARA & SUKAN PADANG

TARIKH : 14/02/2011(ISNIN)
MASA : 1.30PM
TEMPAT : PSS
REMARKS : Taklimat ringkas berkenaan Sukantara dan Sukan Padang Akhir telah disampaikan oleh S/U Sukan SMKG (Cg Shoib). Beliau berharap semua guru dapat memberi kerjasama dan akur dengan agihan AJK yang ditetapkan.

TAKLIMAT PMR

TARIKH : 14/02/2011(ISNIN)
MASA : 8.30AM
TEMPAT : KANTIN
REMARKS : Taklimat PMR dan pengurusan dokumen calon PMR telah dijalankan bagi memastikan dokumen2 yg diperlukan oleh S/U Pep. PMR.Guru yang mengendalikan taklimat tersebut ialah S/U PMR (Pn. Zahrah) dan penolongnya (Pn. Hafliyati).







Saturday 12 February 2011

ISO(PENGURUSAN FAIL PANITIA)

TARIKH : 12/02/2011 (SABTU)
MASA : 8.30 - 12.00PM
TEMPAT: KANTIN/PSS
REMARKS: LADAP pagi ini ialah Pengurusan Fail Panitia yang disampaikan oleh Pn. Noraini Ibrahim (PK Pentadbiran). Semua fail2 lama telah ditutup dan dibuka fail baru mengikut standard ISO. Semua guru bersemangat mengemaskini fail masing2 sehingga ada yg tak mau balik...jangan marah gurau jerr







PROGRAM MOTIVASI PELAJAR KRK

TARIKH : 10/02/2011
MASA : 8.00-2.00PM
TEMPAT : MAKMAL KOMPUTER
REMARKS : Program motivasi bersama semua pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK) Tingkatan 1/2/3 telah dijalankan bagi meningkatkan momentum motivasi kendiri pelajar dari semasa ke semasa. Program ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh kaunselor SMKG, Cg Khairil.





Friday 11 February 2011

PROGRAM BACAAN 10 MINIT

TARIKH : 09/02/2011(RABU)
MASA : 8.00 - 8.10AM
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Program bacaan senyap 10 minit telah diadakan di Dataran SMKG. Program ini merupakan salah satu aktiviti PSS bagi membudayakan tabiat membaca di kalangan pelajar dan guru-guru.




SAYONARA CG. AYOB

TARIKH : 09/02/2011
VENUE : SMKG
REMARKS : Cg. Ayob Kamarudin@chor akan berhijrah ke SMK Convent, Telik Intan mulai esok. Sempena menghargai segala jasa dan sumbangan beliau selama 16 tahun di SMKG, Kelab Staf telah mengadakan majlis 'port luck' bagi meraikan beliau. Saat yg paling menghibakan apabila terpaksa berpisah dgn rakan2 lama serta anak didik. Dalam majlis tersebut, Tn Hj Dian telah mewakili pihak pentadbir memberi ucapan dan En. Nasir telah diberi penghormatan menyampaikan cenderahati buat best friend.

SEJENAK DI PEJABAT SMKG@11/02/11

TARIKH : 11/02/2011 (JUMAAT)
MASA : 11.00AM
VENUE : PEJABAT SMKG
REMARKS : Sejenak bersama rakan2 di dalam pejabat yang tengah khusuk melayan kerja masing2. Walau sibuk macam mana sekalipun warga SMKG tetap ceria dan mesra pelanggan.

Thursday 10 February 2011

TAKLIMAT GURU PRAKTIKUM

TARIKH : 07/02/2011
MASA : 9.00AM
VENUE : PSS
REMARKS : Sesi taklimat ringkas telah diberikan oleh pihak pentadbir (Pengetua dan GPK Pentadbiran) kepada semua guru praktikum bagi memastikan semua perkara berkaitan tanggungjawab serta peranan mereka di sekolah ini dapat diperjelaskan mengikut keperluan dan keadaan semasa.




Wednesday 9 February 2011

GURU PRAKTIKUM@UPSI

TARIKH : 07/02/2011
VENUE : SMKG
REMARKS : Kumpulan ke-2 guru praktikum dari UPSI (seramai 6 orang) telah melapor diri di SMKG bagi menjalani praktikum selama 14 minggu. Kehadiran cikgu2 fresh ni memang dinanti2kan sebenarnya oleh warga SMKG terutamanya menjelang temasya sukan tahunan nanti... al-maklumlah orang muda yang serba boleh...Tahniah dan selamat datang ke SMKG.


GURU PRAKTIKUM@UiTM

TARIKH : 10/01/2011
VENUE : SMKG
REMARKS : Kumpulan pertama guru praktikum seramai 3 orang dari UiTM Shah Alam telah melapor diri di SMKG bagi menjalani tempoh praktikum selama 14 minggu. Kami warga SMKG mengalu-alukan kedatangan cikgu2 semua ke sekolah kami. Selamat menjalani praktikum.




ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...