Friday 28 December 2012

Mesyuarat Guru 2013




Mesyuarat guru telah dijalankan pada 27 Disember 2012. Mesyuarat membincangkan semua perancangan kurikulum, hal ehwal murid dan juga ko-kurikulum. Mesyuarat diakhiri dengam membaca ikrar Perkhidmatan Awam diketuai oleh En. Khairil Anuar bin Sarjidin.

Monday 24 December 2012

Makluman: Mesyuarat Guru 2013

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Guru akan diadakan pada 27 Disember 2012 (Khamis) pada jam 8.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Sarapan pagi disediakan.

Wednesday 19 December 2012

PMR 2012

Pelajar-pelajar telah mula mengambil keputusan PMR 2012 pada jam 12.00 tengahari di  Bilik Unit Peperiksaan SMK Gedangsa. Peratus kelulusan keseluruhan adalah 89.2% dan Gred Purata sekolah adalah 3.08%.

Untuk melihat analisa setiap mata pelajaran anda boleh layari http://smkgedangsa.weebly.com

Beratur untuk mengambil slip keputusan.

Antara wajah-wajah ceria dan terawal datang.

Menanti keputusan direkodkan.

Wednesday 5 December 2012

Makluman: Takwim 2013

Takwim Sesi Persekolahan 2013 boleh didapati melalui pautan web sekolah di bawah


atau pada 'tab' di atas blog ini



Wednesday 24 October 2012

Muhammad Alif Haiqal bin Haron, satu temubual


SMK Gedangsa bertuah kerana mempunyai pelajar yang telah terpilih untuk menjalani satu program latihan bolasepak di Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales. Ikuti temubual ringkas unit ICT bersama adik Muhammad Alif Haiqal Haron.


Nama Penuh: Muhammad Alif Haiqal bin Haron
Kediaman: Kg. Bahagia FELDA Gedangsa
Bapa: Haron bin Hussin
Ibu: Samsidah binti Hamid


Sejak bila anda mempunyai minat bermain bola?
Sejak di bangku sekolah tadika, saya telah mempunyai minat yang mendalam di dalam permainan bola sepak. Saya merasa seronok dengan sukan ini kerana ianya mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan juga mental saya. Antara ujian yang saya pernah lalui adalah ketika menghadapi tekanan di dalam beberapa perlawanan di mana asakan dari pihak lawan menyebabkan saya agak panik. Namun saya cuba hilangkan perasaan itu dengan mengingati semula strategi-strategi yang telah saya pelajari.


Apakah bentuk latihan yang anda perolehi?
Saya mendapat latihan asas bola sepak dengan melihat contoh-contoh permainan oleh pemain-pemain ternama seperti Fernando Torres dan Safee Sali. Kedua-dua mereka merupakan contoh terbaik yang saya cuba ikuti.


Bagaimanakah cara anda membahagikan masa di antara akademik dan juga ko-kurikulum?
Saya menumpukan perhatian di dalam pelajaran ketika sesi di sekolah pagi. Kemudian di waktu petang saya bermain bola bersama rakan-rakan di gelanggang Futsal FELDA Gedangsa. Ulankaji dan kerja rumah saya lakukan di sebelah malam.

Apakah pencapaian anda yang terkini di dalam sukan bolasepak?
Saya telah menjuarai kejohanan MSSM pada bulan Julai yang lalu mewakili pasukan negeri Selangor bawah 15 tahun dengan melawan pasukan MSSM Melaka pada perlawanan akhir. Kami menang dengan sepakan penalti setelah perlawanan terikat 1-1 sehingga akhir perlawanan.

Ceritakan sedikit tentang projek yang anda terlibat pada masa akan datang.
Saya telah terpilih untuk satu program iaitu  Program Penghantaran Anak/Waris FELDA ke 
Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales. Ianya akan berlansung pada 11 November hingga 10 
Disember 2012. Seramai 50 orang telah terpilih di dalam program ini bersama-sama saya.

Apa harapan anda di masa hadapan?
Saya menaruh harapan yang besar untuk mewakili pasukan bolasepak Malaysia dan seterusnya memajukan lagi industri bolasepak negara agar setanding dengan pasukan-pasukan ternama dunia.


Wednesday 10 October 2012

Kemaskini: Hari Anugerah Kecemerlangan 2012

 
Video Hari Anugerah Kemerlangan telah dimuatnaik. Klik gambar untuk menonton.

PMR 2012: Hari Kedua

Tayangan Slide Ulangkaji
Kata-kata semangat dari Kaunselor Sekolah; En. Khairil Anuar
Hari Kedua PMR dimulakan dengan Kertas Bahasa Inggeris 1, Bahasa Inggeris 2 dan Geografi. Peratus kehadiran adalah 100%.

Tuesday 9 October 2012

PMR 2012: Hari Pertama


Slide ulangkaji
Menyemak semula perkara-perkara penting.
Beredar masuk ke Dewan Peperiksaan

Hari Pertama PMR bermula dengan kertas Bahasa Melayu Kertas 1, Bahasa Melayu  Kertas 2 dan juga Pendidikan Islam. Peratus kehadiran adalah 100%.


Friday 5 October 2012

Pembaikan sistem perparitan

Jentolak telah memulakan kerja-kerja membersihkan persekitaran

Parit yang tersumbat akan dibaiki.
SMK GEDANGSA mengucapkan terima kasih di atas sumbangan Tan Sri Rozali bagi projek membaiki dan menambah elok perparitan di sekitar sekolah. Terima Kasih.

Stok peralatan Pejabat Baru


Stok meja dan kerusi untuk pejabat dan kelas telah diterima.

PERKAMPUNGAN PMR DAN SPM

Sesi SPM di Makmal Komputer
Di berikan oleh Encik Musa dari Sabak Bernam
PMR di Makmal Sains
Di taklimatkan oleh Pn. Hafliyati

Pada hari ini bermulanya satu program pecutan yang mana semua calon-calon PMR dan SPM dikehendaki 'berkampung' di sekolah bagi memberi fokus kepada kemahiran dan teknik-teknik kertas-kertas peperiksaan. Ianya dimulakan pada pagi ini dengan subjek Bahasa Inggeris bagi SPM dan subjek Bahasa Melayu bagi PMR.


Monday 10 September 2012

Menerima i-TR1M


SMK GEDANGSA telah mendapat tawaran untuk program i-TR1M (Tusyen Rakyat 1 Malaysia). Manfaat ini diberikan untuk permulaanya kepada pelajar-pelajar jurusan sains yang kini berada di dalam kelas 5 Sains; seramai 15 orang pelajar terlibat di dalam program ini. TAHNIAH. Ianya boleh dicapai di laman sesawang http://www.unicliq.com/

Saturday 8 September 2012

Sambutan Hari Raya dan Pertandingan Basikal Merdeka

Salam Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. SMK Gedangsa telah mengadakan dua acara serentak pada 8 September 2012 (Sabtu) iaitu acara Berbasikal Merdeka di mana pertandingan basikal tercantik yang dihias dengan Jalur Gemilang telah dijalankan.

Hari yang cerah dimulakan dengan menyinsingnya fajar yang melimpahkan cahaya hening pagi bagai majlis direstui.

Para pelajar berkumpul di dataran perhimpunan mengikut kelas masing-masing.

YDP PIBG mengambil tempat di pentas bagi memulakan majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan-ucapan dari mereka yang diberikan keutamaan untuk berucap.

YDP PIBG bersama pentadbir sekolah melawat basikal-basikal yang dipertandingkan.

Pelajar yang mengambil bahagian mula mengayuh dari pagar sekolah.

Keselamatan para pelajar dikawal oleh guru-guru yang bertugas.

Berhenti seketika untuk merapatkan semula barisan. MERDEKA!

Kayuhan jelajah ditamatkan dengan jayanya dengan disambut meriah oleh para pelajar yang lain.


Friday 3 August 2012

Tazkirah Ramadan

Norain Ahmad, Pelajar 5 Sains sedang memberi tazkirah.
Sepanjang bulan Ramadan beberapa orang pelajar telah dilatih memberi tazkirah bagi menyediakan diri mereka untuk berani bercakap di khalayak.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Monday 23 July 2012

COUNT DOWN PMR & SPM

Secara simbolik pengetua menyampaikan jumlah hari yang tinggal bagi kedua-dua calon-calon peperiksaan PMR dan SPM.
Published with Blogger-droid v2.0.6

MEREKA YANG CEMERLANG DENGAN PENINGKATAN PRESTASI

Pelajar-pelajar yang menunjukkan peningkatan prestasi telah dihargai oleh Unit Peperiksaan.

Published with Blogger-droid v2.0.6

Saturday 7 July 2012

Raptai Kejohanan Sukan ke-25


Pada hari Jumaat 6 Julai 2012, telah dijalankan satu Raptai Kejohanan Sukan SMK Gedangsa yang ke-25. Kejohanan yang sebenar akan berlangsung pada 8 Julai 2012, jam 8.30 pagi.

Thursday 5 July 2012

Public Speaking Competition






The Master of Ceremony (M.C) Nur Hidayah Anuwar.

Public speaking follows the Poem Recitation competition. 4 participants for each class have taken part presenting their ideas on their topic of interest.


Wednesday 4 July 2012

Poem Recitation Competition













It is English language panel (ELP) turn to carry out activities for Bulan Bahasa. The special week starts with Poem Recitation competition for lower secondary students. Each class has 3 representatives. The winners will be announced next week.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...