Tuesday 31 January 2012

BAKAL ASKAR WATANIAH ATM@SMKG

TARIKH : 31/01/2012(SELASA)
MASA : 9.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Hari ke-2 sesi pengambilan bakal askar wataniah ATM mendapat sambutan yg begitu hebat terutamanya anak2 muda setempat. Ramai juga bekas pelajar SMKG yg hadir dan menunjukkan minat. Mereka yang telah mengisi borang dan melalui ujian (ambil darah) telah digerakkan ke Kem Sungai Buluh utk medical check-up terakhir. Mereka telah bersama-sama diberi 'feel' dgn menaiki trak tentera utk ke sana. Cikgu SMKG yg turut sama dalam kumpulan tersebut ialah Cg Hasli dan Cg Akmam.
Pn Nor Hapipah(Pengetua SMKG) bergambar kenangan bersama-sama dengan petugas ATM untuk sesi ujian saringan (sampel darah).
Anggota ATM yang bertugas sibuk memberi taklimat cara mengisi borang kepada bakal tentera simpanan wataniah kepada penduduk setempat yang hadir.
Sesi taklimat dan pengisian borang.

SESI PEMILIHAN BAJU BATIK RASMI_2012

TARIKH : 30/01/2012(ISNIN)
MASA : 10.30AM
TEMPAT : BILIK GURU
REMARKS : Pegawai pemasaran Riamoda cwgn Ipoh telah bertandang ke SMKG utk mempromosikn produk(kain)terbaru mereka utk warga SMKG. Suasana di bilik guru ceria dgn senyuman dan gelak ketawa cikgi2(cikgu perempuan)ketika berdiskuss utk memilih yg terbaik.
Aduhai berpinar mato den...semuanya lawo2..mungkin itulah yg dikatokan oleh uszh Nawal/cg Kamisah/cg Zahrah(siap bwk hero sekali).
Ok pilih jangan tak pilih...
Dalam byk2 kain td...3 corak/warna yg telah terpilih utk ke peringkat final yg akan dijalankan secara knock-out
Wakil pegawai pemasaran Riamoda akhirnya bersetuju utk tinggalkn 3 sampel td utk diadili prgkt dalaman(tanpa campur tangan pihak luar)

Saturday 28 January 2012

SEMANGAT KERJA TAHUN BARU

TARIKH : 27/01/12(JUMAAT)
MASA : 10.30AM
TEMPAT : BILIK GURU/PEJABAT
REMARKS : Gambar separuh curi...melihat gelagat rakan2 tengah bersemangat melangsaikan tugasan yg bertimbun-timbun. Ini merupakan senario biasa bagi warga smkg dan mana2 aje tambah2 lagi awal tahun. Suasana dlm bilik guru nampak lebih ceria dgn tergantungnya langsir baru(nampak ke'fresh'sannya) .

LAWATAN PEGAWAI ATM KE SMKG

TARIKH : 27/01/12(JUMAAT)
MASA : 9.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Lawatan ke_2 oleh pegawai ATM bersama-sama Dato' Khairi ke padang SMKG sebagai persediaan sebelum "berkampung" di sana pada pertengahan Februari ini.
Taklimat ringkas oleh pegawai ATM bersama-sama Dato' Khari serta Pn Nor Hapipah(Pengetua SMKG) selepas melawat tapak(padang sekolah)
Turut sama YDP PIBG
Perbincangan awal di kantin sekolah sebelum melawat tapak

Tuesday 24 January 2012

HAPPY CHINESE NEW YEAR

TARIKH :23/01/2012(ISNIN)
REMARKS :Selamat Tahun Baru Cina kepada semua penganut agama Budha seluruh dunia. Moga2 tahun naga memberi 'ong' kpda anda semua...Gong xi fa cai maaaa

Wednesday 18 January 2012

PERJUMPAAN UNIT UNIFORM KALI_1/2012

TARIKH : 18/01/2012(RABU)
MASA : 2.30PM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Perjumpaan unit uniform kali_1/2012 telah berjalan dengan jayanya. Semua guru dan pelajar telah memberi komitmen yg padu bg permulaan 2012.
4 unit beruniform telah mengadakan Perjumpaan kali Pertama selepas Mesyuarat Agung yang telah diadakan pada 10 Januari 2012 yang lepas.
Unit-unit yang terlibat adalah:
1. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.
2. Kadet Polis.
3. Kadet Remaja Sekolah.
4. Persatuan Puteri Islam.

MESY. PANITIA B.INGGERIS DAERAH HULU S'GOR

TARIKH : 17/01/2012(SELASA)
MASA : 2.30PM
TEMPAT : PKG KALUMPANG
REMARKS : Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu selangor kali_1/2012 telah diadakan di PKG Kalumpang. SMK Gedangsa bertanggungjawab untuk mempengerusikan mesy. tersebut.
Pegawai Bahasa PPD Hulu Selangor-Pn. Hadiniah Ishak, Pengetua SMK Gedangsa-Pn. Nor Hapipah bt Abu Hanif dan Ketua Panitia BI SMK Gedangsa, Pn. Hasnidar bt Abdul Latif. 

Pembentangan minit mesyuarat

Meneliti perancangan aktiviti panitia daerah  bagi tahun 2012
Bertempat di PKG Kalumpang,bertarikh 17 Januari 2012, SMK Gedangsa telah menjadi tuan rumah bagi mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Daerah Hulu Selangor. Tuan Pengetua, Pn. Nor Hapipah bt Abu Hanif telah mempengerusikan mesyuarat tersebut dengan minit dicatat oleh Pn. Hasnidar bt. Abd Latif, Ketua Panitia Bahasa Inggeris SMK Gedangsa. Mesyuarat turut dihadiri Pegawai Bahasa PPD Hulu Selangor-Pn. Hadiniah Ishak

Monday 16 January 2012

CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH

TARIKH : 16/01/2012(ISNIN)
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Ceramah pencegahan jenayah mengisi slot ke_2 pada Majlis Penyampaian watikah pemimpin2 pelajar SMKG pagi tersebut.
Ceramah Pencegahan Jenayah dilaksanakan selepas selesai Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pemimpin-pemimpin Pelajar SMKG. Ceramah disampaikan oleh Inspektor Arshad bin Ayub (Pegawai Seranta PDRM, IPD Hulu Selangor)

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

TARIKH : 16/01/2012(ISNIN)
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Majlis Penyampaian Watikah Pemimpin2 Pelajar SMKG 2012 telah disempurnakan oleh pegawai seranta PDRM Daerah Hulu Selangor. Turut sama hadir ialah YDP PIBG(En. Idris). Tahniah buat semua mereka yang berkenaan.
Pada hari ini telah diadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelatikan Pemimpin Pelajar SMK Gedangsa. Majlis telah disempurnakan oleh Pegawai Seranta PDRM daerah Hulu Selangor.

Saturday 14 January 2012

PROGRAM GOTONG ROYONG

TARIKH : 14/01/2012(sabtu)
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Program Gotong Royong_1/2012 telah berjaya dilaksanakan dgn jayanya. Program ini merupakan satu daripada aktiviti unit Kebersihan/Keceriaan(diketuai oleh Pn. Kamisah) bwh HEM yang hanya melibatkan warga SMKG sahaja.
Bagi menceriakan sekolah dan untuk mendapatkan suasana yang ceria serta selesa, Unit HEM telah mengadakan program Gotong Royong Perdana. Semua warga SMKG bersungguh-sungguh di dalam membersih dan menceriakan kawasan sekolah.

Friday 13 January 2012

RAPTAI PENYAMPAIAN WATIKAH PELAJAR

TARIKH : 13/01/2012(JUMAAT)
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Raptai penuh Majlis Penyampaain Watikah Pemimpin2 Pelajar telah diadakan pagi tersebut bagi memastikan perjalanannya pada hari sebenar berjalan lancar.
Para pelajar bersiap sedia untuk memulakan raptai.

Thursday 12 January 2012

WATIKAH PENYELARAS UNIT KOKURIKULUM

TARIKH : 12/01/2012(KHAMIS)
MASA : 8.00AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Majlis penyerahan watikah penyelaras unit2 Kokurikulum telah disempurnakan oleh Pn Nor Hapipah(Pengetua)selepas sesi taklimat gotong royong berakhir.
Pengetua menyampaikan secara rasmi watikah pelantikan.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...