Monday 10 September 2012

Menerima i-TR1M


SMK GEDANGSA telah mendapat tawaran untuk program i-TR1M (Tusyen Rakyat 1 Malaysia). Manfaat ini diberikan untuk permulaanya kepada pelajar-pelajar jurusan sains yang kini berada di dalam kelas 5 Sains; seramai 15 orang pelajar terlibat di dalam program ini. TAHNIAH. Ianya boleh dicapai di laman sesawang http://www.unicliq.com/

Saturday 8 September 2012

Sambutan Hari Raya dan Pertandingan Basikal Merdeka

Salam Merdeka dan Selamat Hari Raya Aidil Fitri. SMK Gedangsa telah mengadakan dua acara serentak pada 8 September 2012 (Sabtu) iaitu acara Berbasikal Merdeka di mana pertandingan basikal tercantik yang dihias dengan Jalur Gemilang telah dijalankan.

Hari yang cerah dimulakan dengan menyinsingnya fajar yang melimpahkan cahaya hening pagi bagai majlis direstui.

Para pelajar berkumpul di dataran perhimpunan mengikut kelas masing-masing.

YDP PIBG mengambil tempat di pentas bagi memulakan majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan-ucapan dari mereka yang diberikan keutamaan untuk berucap.

YDP PIBG bersama pentadbir sekolah melawat basikal-basikal yang dipertandingkan.

Pelajar yang mengambil bahagian mula mengayuh dari pagar sekolah.

Keselamatan para pelajar dikawal oleh guru-guru yang bertugas.

Berhenti seketika untuk merapatkan semula barisan. MERDEKA!

Kayuhan jelajah ditamatkan dengan jayanya dengan disambut meriah oleh para pelajar yang lain.


ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...