Tuesday 31 December 2013

Pendaftaran Tingkatan 1 Tahun 2014

SMK GEDANGSA mengucapkan selamat datang kepada para pelajar Tingkatan 1. Pada tahun ini seramai 38 pelajar telah mendaftarkan nama untuk belajar di SMK GEDANGSA. Para pelajar telah datang bersama-sama dengan ibubapa dan penjaga untuk mendaftar sekaligus mendengar taklimat-taklimat penting untuk sesi persekolahan 2014.

Kaunter-kaunter pendaftaran dibuka
Para pelajar dan ibubapa mendaftar ke kelas-kelas yang telah ditetapkan.

Puan Noor Aini Ibrahim GPK Akademik membuat ucapan alu-aluan.

Tuan Haji Dian bin Masri memberi ucapan mengenai Hal Ehwal Murid.

En. Khairil Anuar Sarjidin mempengerusikan majlis.

En. Abdul Hasli Abdullah memberikan taklimat disiplin.

Puan Mazani Mohamed memberikan taklimat berkenaan PBS

Suasana di Dewan Kantin

Puan Azura Janudin memberikan taklimat mengenai OPS English.

Pelajar-pelajar membeli buku dan alatulis di Koperasi SMKG

Pelajar-pelajar mengambil buku teks. Dikelolakan oleh Puan Siti Robikhah Tahrir

Thursday 28 November 2013

Makluman: Pembelian Buku Bagi Sesi Persekolahan 2014

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa pengurusan Koperasi Sekolah akan mula menjual buku-buku pada ketetapan seperti di bawah:

TINGKATAN 2 hingga 5:
Tarikh: 26 dan 27 Disember 2013
Jam: 8.30 pagi - 12.30 tengahari

TINGKATAN 1:
Tarikh: 31  Disember 2013
Jam: 8.30 pagi - 12.30 tengahari

Peringatan: Sila sediakan wang kecil secukupnya.

Saturday 28 September 2013

Majlis Mohon Restu PMR dan SPM (Gilapan Mutiara)

Satu Program Mohon Restu PMR dan SPM telah dijalankan pada 26 September 2013 (Jumaat). Di dalam program ini, calon-calon PMR dan SPM bersama-sama ibubapa dan guru-guru telah mengadakan bacaan YaSin dan solat hajat bertempat di surau SMK Gedangsa. Program ini dirasmikan oleh YB Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim.

Pelajar-pelajar bersedia mengambil wudhu' sebelum program bermula.

Air-air untuk bacaan Ya Sin disediakan.

Antara pelajar-pelajar yang terlibat.

Sesi bersalaman dan mohon restu 

YDP PIBG, Datuk Mohd Isa dan Tuan Pengetua.

>>Lagi Gambar<<

Saturday 21 September 2013

LADAP: VLE FROG

Satu sesi Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) telah dijalankan pada 21 September 2013. Di dalam LADAP ini para guru didedahkan dengan latihan penggunaan VLE FROG.





Friday 20 September 2013

SMK Gedangsa Dilanggar 'Sus Scrofa'

Beberapa minggu yang lepas kawasan sekolah telah digemparkan dengan kehadiran "CROP CIRCLES" yang aneh di atas padang dan beberapa tempat di kawasan sekolah. Gambar-gambar di bawah menunjukkan "Crop Circles" yang dibentuk....



Beberapa pakar CROP CIRCLES sekolah telah meninjau kemusnahan padang yang dilakukan. Punca yang dikenalpasti adalah sejenis entiti yang bertabiat menyondol tanah dan kehadiran entiti-entiti di di dalam jumlah yang besar itu adalah disebabkan keadaan padang sekolah yang tidak berpagar.
Entiti-entiti tersebut dikenalpasti sebagai 'Sus Scrofa'
Pihak sekolah telah mendapatkan kerjasama Jabatan PERHILITAN untuk mengatasi masalah ini buat sementara waktu. Rentetan itu satu OPS "Pumba Hakuna Matata" telah dijalankan di mana pada waktu siang intipan dijalankan manakala pada waktu malam operasi pembersihan pula telah dilakukan. Di bawah adalah hasil operasi tersebut.


Intipan dilakukan.


Operasi pembersihan






Monday 26 August 2013

Penutupan Minggu Sains dan Matematik




Penutupan Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Gedangsa. Di dalam majlis ini, hadiah-hadiah dan sijil-sijil bagi aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan telah disampaikan.

Sunday 25 August 2013

Program 1Bestarinet (VLE Frog)

Dimaklumkan bahawa mulai bulan September 2013, para pelajar dan guru-guru akan didedahkan; seterusnya melaksanakan program "Virtual Learning Environment (VLE)" yang bersepadu yang dinamakan 1Bestarinet. Setiap pelajar, guru dan ibubapa akan diberikan ID unik berserta kata laluan (password) untuk mengakses dan menggunakan kemudahan pembelajaran bersepadu ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman-laman web di bawah.



Wednesday 21 August 2013

Karnival Sains Dan Teknologi

Pada 19 Ogosi yang lalu bertempat di  Sekolah Menegah Kebangsaan Gedangsa (SMKG) telah diadakan Karnival Sains dan Teknologi bagi peringkat Daerah Hulu Selangor 2013. Terdapat 8 Aktiviti dijalankan antaranya ialah Teknologi Aeroangkasa (Pelancaran Roket), Solar Car, Solar Boat, dan Efficiency Cooking with Nature (Solar Cooking). Pada hari itu cuaca tidak berapa mengizinkan dan peserta tidak dapat menjalankan aktiviti dengan sepenuhnya. Markah pertandingan Solar Car, Solar Boat dan Solar Cooking diambil berdasarkan persembahan Power Point dan reka bentuk sahaja. Dibawah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan .



Tempat Pendaftaran



Solar Cooking

Salah 1 Peserta

Cenderamata dan Trofi

                                            >>LAGI GAMBAR<<


Tuesday 6 August 2013

MAKLUMAN @ ADMIN

Blog ini masih dalam proses penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Sebarang kesulitan sepanjang berada dalam blog ini amat dikesali. Sila hubungi pihak ADMIN sekiranya perlu:

1. Pn Nor Halimahtun Saadiah binti Mohd (Guru Penyelaras Bestari)

Saturday 3 August 2013

Berziarah menjelang Syawal

Add caption
Pada 2 Ogos 2013, Pengetua, beberapa orang guru serta beberapa orang pelajar telah melakukan ziarah menjelang syawal ke beberapa rumah pelajar SMK Gedangsa yang kurang berkemampuan. Sedikit sumbangan juga telah dihulurkan bagi membantu mereka meraikan Syawal yang bakal menjelma.

Pelajar SMK Gedangsa juga turut sama di dalam program ziarah Syawal.


Tuan Pengetua turut bersama-sama berziarah.


>>LAGI GAMBAR<<

Thursday 1 August 2013

Majlis Khatam al-Quran dan Iftar 2013

Sebahagian hidangan Iftar.
Sempena selesainya majlis tadarus al-Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam SMK Gedangsa dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru dan Staf telah mengadakan satu majlis berbuka puasa yang diselang-selikan dengan program solat hajat dan tarawikh berjamaah. 

Selain guru dan pelajar, ibu bapa juga turut memeriahkan majlis.

Solat hajat dilaksanakan.

>>LAGI GAMBAR<<

Monday 15 July 2013

Program Tadarus al-Quran

Sempena bulan Ramadan 2013, Panitia Pendidikan Islam telah memulakan program Tadarus al-Quran. Pelajar-pelajar Islam telah dibahagikan mengikut kumpulan yang mempunyai guru pembimbing. Para pelajar yang tidak mahir al-Quran juga dibantu dengan mewujudkan satu kelas khas bimbingan bacaan al-Quran.

Para pelajar Islam menjalani program Tadarus

Kelas bimbingan bacaan al-Quran untuk yang tidak mahir

Friday 12 July 2013

Wednesday 10 July 2013

Tuesday 9 July 2013

Bulan Bahasa: Aktiviti Spot Talk

Spot Talk merupakan salah satu aktiviti Bulan Bahasa yang dikelolakan oleh Panitia Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Pada hari ini dua orang peserta iaitu Rathi Malani dan Farhan Hanis telah memulakan sesi pengucapan spontan ini. Hadiah-hadiah disampaikan Tn. Hj Dian bin Masri (GPK HEM)





Monday 8 July 2013

Pelancaran Bulan Bahasa 2013


Pada 8 Julai 2013, Bulan Bahasa telah dimulakan dengan perasmian pembukaanya oleh En. Mohd Rodzi bin  Selamat. Di dalam bulan ini pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris akan diadakan. Semua warga SMKG adalah digalakkan untuk menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Bulan bahasa dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...