Monday 29 December 2014

Guru-guru Yang Bertukar

Guru-guru yang bertukar keluar dari SMK Gedangsa adalah:

Puan Norlianti binti Adali, Puan Siti Robikhah binti Tahrir dan Encik Mohd Faisal Farish bin Ishak

Pn. Norlianti bertukar ke SMK Dato' Haji Kamaruddin, Kuala Kubu Bharu; Pn. Siti Robikhah bertukar ke SMK Bukit Kuda, Kelang.
En. Mohd Faisal Farish bertukar ke English Language Teaching Centre (ELTC), Bandar Enstek, Nilai sebagai Pensyarah Akademik.

Friday 31 October 2014

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2014

Dengan bertemakan "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia, Kem Membaca 1Malaysia 2014 telah dilancarkan pada hari ini pada perhimpunan pagi dengan dirasmikan oleh Tuan Haji Dian bin Masri (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Pamphlet majlis perasmian.

Cikgu Norlianti bt. Adali mengacarakan majlis

Tuan Hj. Dian memotong reben perasmian.

Poster rasmi Kem Membaca 1Malaysia





Monday 27 October 2014

BIMBINGAN PENGGUNAAN FROG VLE: PENUNJUK GAYA PEMBELAJARAN

Satu latihan dan bimbingan FROG VLE tentang Penunjuk Gaya Pembelajaran PGP) telah diadakan untuk para pelajar Tingkatan 5. Keputusan PGP tersebut membantu para pelajar untuk mengatur cara ulangkaji mereka di rumah.

Demonstrasi oleh para pelajar sendiri.

Aktiviti hands-on

Melihat dan mendengar dengan teliti.

SENTUHAN AKHIR SPM MELALUI SEMINAR TEKNIK MENJAWAB FROG VLE ONLINE

Bagi mengisi hari-hari sebelum bermulanya SPM, calon-calon mendalami teknik menjawab dengan menonton video-video seminar FROG VLE yang disediakan.

Tumpu perhatian

Video seminar teknik menjawab subjek Sejarah.

MAJLIS RESTU DAN PENYAMPAIAN ALAT TULIS UNTUK PELAJAR SPM 2014


Pada hari ini jam 10.00 pagi diadakan satu majlis ringkas bagi mengedarkan alat tulis sumbangan ADUN Hulu Bernam, Y.B Dato' Hjh. Rosni binti Sohar kepada calon-calon SPM. Sumbangan disampaikan beliau sendiri bertempat di Makmal Komputer SMK Gedangsa. Beliau juga bersetuju untuk menyediakan catering sarapan pagi pada hari peperiksaan bermula pada minggu hadapan.

Terima kasih Dato' Hjh. Rosni.

Cikgu Farhan mempengerusikan majlis.

Doa dibacakan Encik Supni, Imam Masjid FELDA Gedangsa
Tuan Pengetua memberikan ucapan alu-aluan

YB Dato' Hjh Rosni Sohar memberikan kata-kata semangat.
Penyampaian alat tulis.

Tuesday 21 October 2014

Deepavali Valthukal


Selamat menyambut perayaan PESTA CAHAYA buat pelajar-pelajar dan guru-guru yang beragama Hindu

Wednesday 8 October 2014

Majlis Mohon Restu, Qurban dan Aqiqah.




Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Mohon Restu (PT3 & SPM), Qurban dan Aqiqah. Majlis ini disertai juga SK Gedangsa. Sebanyak 2 ekor kerbau sumbangan daripada beberapa individu telah dikorbankan. Selepas itu, para pelajar PT3 dan SPM mengadakan bacaan Ya Sin da solat hajat di surau SMK Gedangsa. Daging kerbau dan kambing yang telah dimasak dihidangkan kepada warga SMK Gedangsa.

Melapah kerbau yang telah disembelih.


Menunggu bermulanya majlis bacaan YaSin
Bacaan YaSin
Guru-guru juga turut serta.

Ucapan wakil pelajar PT3
Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 5 (SPM)

>>LAGI GAMBAR<<

Tuesday 26 August 2014

Program Kayuhan Merdeka dan Merdeka Raya

Pada hari ini telah diadakan Program Kayuhan Merdeka dan Merdeka Raya 2014. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim dan YB Datuk Rosni binti Sohar ADUN Hulu Bernam.

Para pelajar sedang menyusun basikal-basikal yang telah dihias bagi Kayuhan Merdeka.

Ustazah Khirun Nawal memberikan taklimat.

Para pelajar mendengar taklimat.

GPK HEM En. Shukri Salleh memberi ucapan.

>>LAGI GAMBAR<<



Saturday 16 August 2014

LADAP KALI KE-3 2014

Pada hari ini, satu LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP) telah diadakan bertempat di makmal komputer SMK Gedangsa. Objektif utama LADAP ini bertujuan mendedahkan guru-guru kepada pentadbiran Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Selain itu, satu slot khas penerangan dan latihan VLE FROG juga telah diadakan.

Subjek-subjek yang dikongsi adalah:


  1. Sains: Pn. Diwi Sajaratudur
  2. Sejarah: Pn. Norayurati.
  3. KHB: Pn. Nor Halimahtun Saadiah.
  4. Pendidikan Islam: Pn. Khirun Nawal dan Cik Siti Monzahura.
  5. Bahasa Melayu: Pn. Norlianti.
  6. Geografi: Pn. Julia.
  7. Bahasa Inggeris: En. Mohd Faisal Farish
  8. Penerangan dan Latihan VLE FROG: En. Mohd Faisal Farish

Ucapan alu-aluan daripada Penyelaras LADAP. En. Jamshari.

Antara guru-guru yang hadir.

Mendengar dan meneliti setiap perbincangan.

Penerangan tentang PT3 Sejarah oleh Pn. Norayurati.

Thursday 14 August 2014

PT3 ENGLISH LANGUAGE REVISION

SITE YANG DIBINA


Makluman untuk semua pelajar Tingkatan 3. Satu "SITE" Frog VLE khusus untuk ulangkaji subjek Bahasa Inggeris telah diwujudkan di laman Frog VLE sekolah. Para pelajar boleh mengakses "SITE" tersebut melalui bahagian "NOTIFICATION". Untuk maklumat lanjut, para pelajar boleh menghubungi GURU PENYELARAS BESTARI.

Sekian, harap maklum.

Taju SITE adalah "PT3 ENGLISH LANGUAGE REVISION"

Ajukan soalan-soalan mengenai Grammar dan lain-lain sebagai tajuk perbincangan.


Wednesday 6 August 2014

Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang 2014

Pada hari ini telah dijalankan Pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan. Sempena kempen ini, kawasan sekolah telah dihiaskan dengan Jalur Gemilang kebanggaan negara di dalam pelbagai saiz dan tempat.



Monday 4 August 2014

Bengkel Teknik Menjawab PT3 2014

Bagi menyediakan pelajar untuk Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), SMK Gedangsa telah mengadakan Bengkel Teknik Menjawab PT3 bermula hari ini hingga 6 Jun 2014. Rujuk laman VLE Frog Sekolah untuk maklumat lanjut.

Sesi subjek Bahasa Inggeris.

Para pelajar cuba menjawab setelah penerangan dan tunjuk cara diberikan.

Monday 28 July 2014

Friday 25 July 2014

Majlis Mengenang Jasa Puan Noor 'Aini binti Ibrahim

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Puan Noraini binti Ibrahim (Guru Penolong Kanan Akademik) berkhidmat di SMK Gedangsa. Warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Ribuan terima kasih juga diucapkan atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah beliau lakukan sepanjang bersama-sama kami di SMK Gedangsa. Puan Noraini akan meneruskan perkhidmatan di SMK Kalumpang. JASA MU DI KENANG.

Cik Nor Faiza mempengerusikan majlis.

Yang diraikan, Pn. Noor'Aini bt Ibrahim.

Cenderamata daripada para pelajar SMK Gedangsa serta dari Kelab Guru dan Staf.

Pengerusi Kelab Guru dan Staf, En. Abdul Hasli memberikan ucapan penghargaan.

Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Nor'Aini bt Abdul Muin memberikan ucapan penghargaan.

Pn. Noor'Aini Ibrahim menyampaian amanat akhir.

Menerima cenderamata dari para pelajar.

Bermaaf-maafan.

Pn. Noor'Aini Ibrahim mengketik kad perakam waktu beliau buat kali terakhir di SMK Gedangsa.

Thursday 24 July 2014

Program Ihya' Ramadan 2014 (2)

Program Ihya' Ramadan diteruskan dengan Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa pada sebelah petangnya. Para pelajar yang dipilih untuk majlis ini telah memperdengarkan bacaan al-Quran mereka dengan dibimbing oleh Ustaz Mohd Isa. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah dan semua hadirin menghadiri Majlis Berbuka Puasa.


Para pelajar memperdengarkan bacaan al-Quran.

Ustaz Mohd Isa memimpin majlis.

En. Abd Halim Abd Karim mempengerusikan majlis.

Tuan Pengetua memberikan ucapan alu-aluan.

Pengerusi PIBG En. Mohd Zamari memberikan ucapan alu-aluan.

Majlis Berbuka puasa.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...