Bagi yang mempunyai dedicated server, colocation ataupun mempunyai lease line, ruang web mereka tidak menjadi masalah. Tip yang sana ingin berikan di bawah ini adalah bagi yang menggunakan web hosting ataupun yang menggunakan web hosting percuma kerana ruang web yang diberikan adalah terhad.
TIP
1.Gunakan hosting anda untuk database (pengguna web yang berinteraksi dengan database), perisian CMS (source code bagi web), fail web (html, php, asp, jsp, css, cfm dan lain – lain) dan teks sahaja. Ini kerana ianya menggunakan ruang yang sedikit di dalam hosting.
2.Untuk imej dan grafik, muatkan imej dan grafik yang perlu sahaja di dalam hosting anda. Ini kerana imej dan grafik akan menggunakan ruang hosting yang besar.
3.Bagi fail imej, pastikan imej tersebut di dalam format png (*.png) atau jpeg (*.jpg, *jpeg) kerana format keduanya mempunyai saiz yang kecil.
4.Simpan fail – fail imej, fail format pdf, presentation, animasi, video dan audio anda diruangan storan percuma seperti ImageShack.us, Box.net, esnips.com dan lain – lain.
5.Sekiranya fail – fail tersebut telah ada di mana – mana web, anda perlu linkkan sahaja fail tersebut ke dalam web anda. Sebagai contoh, anda ingin memasukkan logo yahoo, anda boleh membuat carian di enjin pencari dengan menaip yahoo logo. Kemudian anda linkkan ke dalam web anda dengan menggunakan html code seperti

dan hasilnya seperti ini:
Selain dapat menjimatkan ruang web hosting anda, kaedah di atas juga dapat membantu menjimatkan bandwidth anda. Selamat mencuba.
..
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dengan tanggungjawab anda sendiri.