Tuesday 22 March 2011

PROGRAM NILAM

TARIKH : 21/03/2011 (ISNIN)
MASA : 7.45 PAGI
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Penyampaian sijil penghargaan Program NILAM kepada pelajar2 berkenaan telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMKG(Pn. Norhapipah Abu Hanif) semasa Perhimpunan Rasmi Mingguan.

Tuesday 15 March 2011

KENDERAAN PALING JIMAT MINYAK

REMARKS :Harga minyak dunia semakin melambung...Kini anda tak perlu risau dengan adanya produk terbaru jenis "easy rider" ini. Untuk maklumat lanjut sila berkunjung terus ke bilik pameran yg berdekatan tempat anda. Mereka yang berminat boleh 'test drive' terlebih dahulu sebelum berurusan dengan salesman bagi proses membuat 'loan'.Untuk makluman, kenderaan ini bertambah 'power' apabila ianya "naik minyak"...
MAAF GRAPHIC DI BAWAH HANYALAH ILUTRASI ADMIN SEMATA-MATA. SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
kereta lembu

BACAAN YASSIN PAGI JUMAAT

TARIKH : 11/03/2011(JUMAAT)...HARI AKHIR SEBELUM CUTI 1/2 PENGGAL 1
MASA : 7.30AM
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Bermula pertengahan 2010, semua guru dan pelajar muslim bersama-sama membaca surah Yassin setiap pagi Jumaat sebelum bermulanya sesi P&P. Foto2 di bawah menunjukkan suasana di Dataran SMKG selepas selesai majlis bacaan Yassin pada hari akhir persekolahan sebelum cuti pertengahan penggal 1.

Sunday 13 March 2011

PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPDHS

TARIKH : 10/03/2011(KHAMIS)
MASA : 7.30-3.00PM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : PEMANTAUAN BERKELOMPOK PPDHS diketuai oleh Tuan PPDHS(Tn Hj. Mat Jah b. Roslan) bersama-sama dengan lebih kurang 10 orang pegawainya di SMKG telah bermula seawal 7.30am. Dalam pemantauan ini, banyak perkara telah dilihat/dipantau baik dari segi pengurusan, akademik, hem dan kokurikulum. Pada fasa terakhir pemantauan semua pegawai terlibat telah membentangkan dapatan pemantauan yg dijalankan. Semua guru dan staf bersama-sama mendengar pembentangan tersebut dengan Tuan PPDHS sendiri telah membuat rumusan pada slot terakhirnya.
Tn Hj. Mat Jah(Tuan PPDHS) membuat rumusan bagi hasil dapatan pemantauan oleh pegawai2nya ke SMKG.

Wednesday 9 March 2011

SUKAN TAHUNAN SMKG KE-24

TARIKH : 05/03/2011(SABTU)
MASA : 8.30-1.00PM
TEMPAT : PADANG SMKG
REMARKS : SUKAN TAHUNAN SMKG KALI KE-24 telah berlangsung dengan jayanya walaupun pada sebelah pagi sebelum kejohanan bermula hujan turun membasahi padang sehingga becak. Semua acara yang dilangsungkan berjalan lancar termasuk acara sukan rakyat. Majlis perasmian penutupan kejohanan disempurnakan oleh Setiausaha Ahli Parlimen Hulu Selangor. Beliau telah mewakili En. P.Kamalanathan yg tidak dapat hadir kerana komitmen lain. Syabas dan terima kasih kpd semua pihak(pelajar/guru/staff/ibubapa) yg telah membantu menjayakan kejohanan kali ini.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...