Saturday 18 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT SMKG

TARIKH : 17/02/2012 (JUMAAT)
MASA : 08.00-12.00
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Sambutan Mulidur Rasul 1433H peringkat SMKG telah berlangsung dgn jayanya. Pelbagai pengisian telah disusun seperti pertandingan sepanduk dan perarakan serta ceramah oleh Ustaz Muhammad (SAMT KKB).
Kelas 5 Sains dan guru kelas(cg Hafliyati) dengan fesyen ala2 arabic sebelum memulakan perarakan.
Waduh2 bergaya sekali pak Arab dan sheikh2 4 Sains. 
5 Bahagia segak dan menawan dengan serba hitam
Aduhai mek2 Arab 5 Bahagia tak jemu2 memberi posing istimewa.

\
Penceramah jemputan, ustaz Muhammad b. Said (SAMT KKB) berjaya menarik perhatian para pelajar dan guru2 dengan penyampaiannya yg bersemangat dan kelakar.

Monday 13 February 2012

PELANCARAN KOMPENI ASKAR WATANIAH WILAYAH FELDA PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH : 12/02/2012(AHAD)
MASA : 9.00-11.30 AM
TEMPAT : PADANG SMKG
REMARKS : Majlis Pelancaran Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Peringkat Kebangsaan telah berlangsung dengan jayanya bertempat di padang SMK Gedangsa dgn dirasmikan oleh Menteri Pertahanan (Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi).
Ucapan oleh pengerusi GWGF (Tan Sri Rozali)
Ucapan dan perasmian Kompeni Askar Wataniah Wilayah Felda Peringkat Kebangsaan oleh Menteri Pertahanan (Dato' seri Ahmad Zahid Hamidi)

Aksi-aksi akrobatik oleh unit motosikal Army Red Warrior

Thursday 9 February 2012

AKSI MOTOSIKAL OLEH ARMY RED WARRIOR

TARIKH : 09/02/2012(KHAMIS)
MASA : PAGI
TEMPAT : PADANG SMKG
REMARKS : Latihan pertunjukan motosikal oleh Pasukan Army Red Warrior ATM berjaya mencuri perhatian pelajar SMKG sepanjang sesi latihan berlangsung. Pendek kata bukan kata pelajar malahan cikgu2 pun turut sama teruja melihat aksi sedemikian di depan mata. Sama-sama kita tunggu aksi sebenar mereka dan macam2 lagi persembahan hari Ahad nanti.
Antara aksi menarik 2 motor 'berkenalan di udara'.
Persaingan di udara pada laluan sehala...
Aduhai seriau juga askar(lelaki + perempuan) yg meniarap di bawah...tapi kalau dah masuk askar hati mesti kering...

BACAAN SENYAP DAN RESENSI BUKU

TARIKH : 09/02/2012(KHAMIS)
MASA : 7.30AM
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Program Bacaan Senyap dan resensi buku (anjuran PSS) dijalankan setiap pagi Khamis selama 10 minit. Sehingga kini, sambutan dan respond daripada warga smkg sangat memuaskan. Objektif utama ialah memupuk semangat membaca.
Para guru dan pelajar sedang khusyuk membaca bahan bacaan masing2.
Cg. Anijan (Guru Media) sedang memperkatakan sesuatu kepada pelajar berkenaan perjalanan program.
Guru2 perempuan bersama-sama menjayakan program bacaan senyap dan resensi buku.

Wednesday 8 February 2012

IKRAR PELAJAR UNIT BERUNIFORM

TARIKH : 08/02/2012(RABU)
MASA : 7.30AM
TEMPAT : DATARAN SMKG
REMARKS : Pasukan Kadet Polis telah diberi tanggungjawab untuk memimpin Ikrar Pelajar pasukan unit beruniform pada minggu ini.
Cg Shukri(PK Koku) dan Cg Hasli (Guru Kadet Polis) sedang memantau perjalanan Ikrar Pelajar oleh pasukan unit uniform.
Para pelajar sedang melafazkan ikrar pelajar dalam satu perhimpunan pagi Rabu. Semua pelajar lengkap dengan pakaian seragam mengikut pasukan unit uniform masing2.
Ketua pengawas SMKG(saudara Farizul) merangkap Ketua Platun Pasukan Kadet Polis SMKG sedang memimpin platun bagi Ikrar Pelajar

Sunday 5 February 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H / 2012M

TARIKH : 05/02/2012(AHAD)
MASA : 24JAM
TEMPAT : SELURUH DUNIA
REMARKS : Tema sambutan Maulidur Rasul 1433H "PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH". Sambutan peringkat kebangsaan akan diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Putra, Putrajaya akan turut dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah.

LAWATAN & TAKLIMAT PEGAWAI ATM

TARIKH : 03/02/2012(JUMAAT)
MASA : 9.00AM
TEMPAT : BILIK MESY. SMKG
REMARKS : Lawatan dan taklimat rasmi kali ke 2 oleh pegawai ATM dan pengurusan GWGF serta pihak terbabit bagi memastikan perjalanan program penempatan sekumpulan askar di padang SMKG berjalan lancar. Mengikut perancangan awal, dalam pertengahan bulan Februari ini kumpulan askar dan jentera2 berkenaan akan berkampung di SMKG.

Friday 3 February 2012

BACAAN YASSIN PAGI JUMAAT

TARIKH : 03/02/2012(JUMAAT)
MASA : 7.20AM
TEMPAT : SMKG
REMARKS : Rutin harian pagi Jumaat diteruskan dgn bacaan Yassin setiap pagi bermula jam 7.20am. Mudah2an warga smkg khususnya terus diberkati dan dirahmati oleh-Nya serta dipermudahkan dlm sebarang urusan..amin

Usz Shoib memberi sedikit ulasan/teguran setiap kali selepas selesai bacaan Yassin yg diketuai pelajar lelaki. Insya Allah dgn teguran tersebut dpt membantu memperbaiki mana2 yg terkurang.
Barisan guru (muslimah) yg bersama-sama membaca Yassin pagi Jumaat.
Para pelajar lelaki beredar ke kelas sambil bersalaman dgn guru.
Pelajar perempuan bersalaman dgn guru perempuan.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...