Monday 28 July 2014

Friday 25 July 2014

Majlis Mengenang Jasa Puan Noor 'Aini binti Ibrahim

Hari ini merupakan hari terakhir bagi Puan Noraini binti Ibrahim (Guru Penolong Kanan Akademik) berkhidmat di SMK Gedangsa. Warga sekolah mengucapkan selamat bertugas di tempat baru. Ribuan terima kasih juga diucapkan atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah beliau lakukan sepanjang bersama-sama kami di SMK Gedangsa. Puan Noraini akan meneruskan perkhidmatan di SMK Kalumpang. JASA MU DI KENANG.

Cik Nor Faiza mempengerusikan majlis.

Yang diraikan, Pn. Noor'Aini bt Ibrahim.

Cenderamata daripada para pelajar SMK Gedangsa serta dari Kelab Guru dan Staf.

Pengerusi Kelab Guru dan Staf, En. Abdul Hasli memberikan ucapan penghargaan.

Tuan Pengetua, Pn. Hjh. Nor'Aini bt Abdul Muin memberikan ucapan penghargaan.

Pn. Noor'Aini Ibrahim menyampaian amanat akhir.

Menerima cenderamata dari para pelajar.

Bermaaf-maafan.

Pn. Noor'Aini Ibrahim mengketik kad perakam waktu beliau buat kali terakhir di SMK Gedangsa.

Thursday 24 July 2014

Program Ihya' Ramadan 2014 (2)

Program Ihya' Ramadan diteruskan dengan Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa pada sebelah petangnya. Para pelajar yang dipilih untuk majlis ini telah memperdengarkan bacaan al-Quran mereka dengan dibimbing oleh Ustaz Mohd Isa. Setelah selesai, majlis diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah dan semua hadirin menghadiri Majlis Berbuka Puasa.


Para pelajar memperdengarkan bacaan al-Quran.

Ustaz Mohd Isa memimpin majlis.

En. Abd Halim Abd Karim mempengerusikan majlis.

Tuan Pengetua memberikan ucapan alu-aluan.

Pengerusi PIBG En. Mohd Zamari memberikan ucapan alu-aluan.

Majlis Berbuka puasa.

Wednesday 23 July 2014

Program Ihya' Ramadan 2014 (1)


Sempena bulan Ramadan al-Mubarak, SMK Gedangsa telah mendapat banyak sumbangan dari pelbagai pihak untuk membantu pelajar-pelajar yatim dan kurang berkemampuan untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Sehubungan dengan itu satu majlis Ihya Ramadan yang bermula pada pagi 23 Julai 2014 telah diadakan. Tetamu undangan yang menyampaikan bantuan adalah Puan Nik Junainah binti Nik Aziz, Penolong Pegawai Pembangunan FELDA wilayah Trolak.

Encik Abd Halim selaku Pengacara Majlis

Wakil FELDA Wilayah Trolak, Pn. Nik Junainah binti Nik Aziz (Penolong Pegawai Pembangunan FELDA)
Ucapan Tn. Pengetua

Sumbangan disampaikan kepada yang layak.

Friday 11 July 2014

Program Ziarah Kasih Ramadan 2014

Meneruskan usaha murni berziarah keluarga warga SMK Gedangsa yang kurang berkemampuan, Panitia Pendidikan Islam dan Unit HEM telah melaksanakan Program Ziarah Kasih buat kali kedua pada tahun ini. Program ini bertujuan memberi sumbangan kepada keluarga para pelajar yang kurang berkemampuan serta bersama-sama menyambut Ramadan. Program ini berlangsung mulai 20 Jun 2014 hingga 23 Julai 2014.





ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...