Friday 31 October 2014

Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2014

Dengan bertemakan "Membaca Menjana Pemikiran 1Malaysia, Kem Membaca 1Malaysia 2014 telah dilancarkan pada hari ini pada perhimpunan pagi dengan dirasmikan oleh Tuan Haji Dian bin Masri (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

Pamphlet majlis perasmian.

Cikgu Norlianti bt. Adali mengacarakan majlis

Tuan Hj. Dian memotong reben perasmian.

Poster rasmi Kem Membaca 1Malaysia





Monday 27 October 2014

BIMBINGAN PENGGUNAAN FROG VLE: PENUNJUK GAYA PEMBELAJARAN

Satu latihan dan bimbingan FROG VLE tentang Penunjuk Gaya Pembelajaran PGP) telah diadakan untuk para pelajar Tingkatan 5. Keputusan PGP tersebut membantu para pelajar untuk mengatur cara ulangkaji mereka di rumah.

Demonstrasi oleh para pelajar sendiri.

Aktiviti hands-on

Melihat dan mendengar dengan teliti.

SENTUHAN AKHIR SPM MELALUI SEMINAR TEKNIK MENJAWAB FROG VLE ONLINE

Bagi mengisi hari-hari sebelum bermulanya SPM, calon-calon mendalami teknik menjawab dengan menonton video-video seminar FROG VLE yang disediakan.

Tumpu perhatian

Video seminar teknik menjawab subjek Sejarah.

MAJLIS RESTU DAN PENYAMPAIAN ALAT TULIS UNTUK PELAJAR SPM 2014


Pada hari ini jam 10.00 pagi diadakan satu majlis ringkas bagi mengedarkan alat tulis sumbangan ADUN Hulu Bernam, Y.B Dato' Hjh. Rosni binti Sohar kepada calon-calon SPM. Sumbangan disampaikan beliau sendiri bertempat di Makmal Komputer SMK Gedangsa. Beliau juga bersetuju untuk menyediakan catering sarapan pagi pada hari peperiksaan bermula pada minggu hadapan.

Terima kasih Dato' Hjh. Rosni.

Cikgu Farhan mempengerusikan majlis.

Doa dibacakan Encik Supni, Imam Masjid FELDA Gedangsa
Tuan Pengetua memberikan ucapan alu-aluan

YB Dato' Hjh Rosni Sohar memberikan kata-kata semangat.
Penyampaian alat tulis.

Tuesday 21 October 2014

Deepavali Valthukal


Selamat menyambut perayaan PESTA CAHAYA buat pelajar-pelajar dan guru-guru yang beragama Hindu

Wednesday 8 October 2014

Majlis Mohon Restu, Qurban dan Aqiqah.




Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Mohon Restu (PT3 & SPM), Qurban dan Aqiqah. Majlis ini disertai juga SK Gedangsa. Sebanyak 2 ekor kerbau sumbangan daripada beberapa individu telah dikorbankan. Selepas itu, para pelajar PT3 dan SPM mengadakan bacaan Ya Sin da solat hajat di surau SMK Gedangsa. Daging kerbau dan kambing yang telah dimasak dihidangkan kepada warga SMK Gedangsa.

Melapah kerbau yang telah disembelih.


Menunggu bermulanya majlis bacaan YaSin
Bacaan YaSin
Guru-guru juga turut serta.

Ucapan wakil pelajar PT3
Ucapan Wakil Pelajar Tingkatan 5 (SPM)

>>LAGI GAMBAR<<

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...