Wednesday 29 January 2014

Program Gotong-royong 2014

Pada sebelah petang, satu lagi program dijalankan di bawah kelolaan Unit Hal Ehwal Murid iaitu Program Gotong-royong. Pelajar-pelajar bersama guru membersihkan bilik-bilik kelas dan juga tempat khusus seperti surau, perpustakaan, makmal-makmal, tandas dan lain-lain.

Mengemas rak buku di perpustakaan.

Membersihkan tempat mandi di surau

Bilik kelas juga dibersihkan.

Majlis Maulud dan Ponggal

Pada 29 Januari 2014, telah diadakan sambutan Maulidur Rasul pada peringkat sekolah. Majlis bermula pada jam 10.30 pagi. Selain itu diselitkan juga majlis akikah, meraikan guru-guru yang bertukar serta bagi pelajar-pelajar bukan Islam diadakan sambutan Pesta Ponggal. Majlis dirasmikan Yang Berhormat Datuk Rosni binti Sohar, wakil rakyat DUN Hulu Bernam.

Menyambut ketibaan Y.B. Datuk Rosni binti Sohar

YDP PIBG turut hadir

Pengetua bersama tetamu kehormat

Penyampaian sijil-sijil dan anugerah

Acara Marhaban dan Berzanji oleh perkumpulan wanita FELDA Gedangsa

Encik Abd Halim sebagai Pengerusi Majlis

En. Abdullah Rosli membacakan doa.

Ucapan Tuan Pengetua.

Akikah dan cukur jambul

Pesta Ponggal

YB Datuk Rosni melawat tempat Pesta Ponggal.



Tuesday 28 January 2014

VDI Thin Client

Mulai Januari 2012, Makmal VDI Thin Client telah mula digunakan bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran terutamanya bagi mata pelajaran Bahasa Ingggeris dan Bahasa Melayu.

Pelajar Kelas 3 Ibnu Sina memulakan sesi pembelajaran Bahasa Inggeris di Makmal Thin Client

Cikgu Faisal memberikan arahan dan panduan penggunaan.

Paparan antara muka pelajar.

Paparan antara muka guru.

Monday 27 January 2014

Majlis Pelancaran Frog VLE 2014

Pada 27 Januari 2014, telah dijalankan Majlis Pelancaran Frog VLE. Majlis dirasmikan oleh Puan Khairul Faridah binti Hasan (Ketua PKG Kg. Soeharto). Dengan pelancaran ini maka rasmilah Frog VLE digunakan sebagai medium bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Guru Penyelaras Bestari, En. Mohd Faisal memberikan ucapan pendahuluan.

Puan Khairul Faridah (Ketua PKG Kg. Soeharto) merasmikan Majlis Pelancaran Frog VLE

Puan Khairul menyematkan lencana kepada RAKAN VLE

ID Pelajar disampaikan kepada wakil pelajar.

ID Guru disampaikan kepada wakil guru.

Saturday 25 January 2014

LADAP 1: Perancangan Strategik

Pada 25 Januari 2014, telah diadakan satu Latihan Dalam Perkhidmatan untuk guru-guru SMK Gedangsa. Topik perkongsian kali ini adalah PERANCANGAN STRATEGIK. Perkongsian disampaikan oleh Cikgu Salina dari SMK Bukit Sentosa.

Tekun mendengar.

Puan Salina memberikan taklimat.

Tuan Pengetua memberikan ucapan penutup.

Encik Rozi memberikan penerangan mengenai fail E-Prestasi guru-guru.

Terima kasih daun keladi.

Friday 24 January 2014

Permohonan Program PraUniversiti Di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2013/2014


MAKLUMAN:

Permohonan Program PraUniversiti Di Sekolah Sukan Malaysia Sesi 2013/2014, dibuka secara atas talian (Online) mulai 10 Februari hingga 9 April 2014.

Kejohanan Merentas Desa 2014

Setelah dua kali melaksanakan Latihan Merentas Desa, SMK Gedangsa telah melaksanakan Kejohanan Merentas Desa pada 24 Januari 2014. Ianya dilaksanakan dengan mengikut peraturan-peraturan dan jawatankuasa yang telah ditetapkan.

Cikgu Shukri (GPK Ko Kurikulum) memberikan taklimat sebelum kejohanan bermula.

Bersedia untuk dilepaskan oleh Pengetua.

1... 2... 3.... lariii...
Laluan Kampung Rahmat

>>LAGI GAMBAR<<


Thursday 23 January 2014

Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 2014

Pada 20 Januari 2014, telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan. Bantuan disampaikan oleh Tuan Pegawai Pendidikan Daerah, Zainal Abidin bin Mohd Yusof.

Tuan Pengetua memberikan ucapan alu-aluan.

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Selangor memberikan ucapan.

Bantuan Persekolahan diserahkan.

Guru-guru kelas menjalankan tanggungjawab.




Monday 20 January 2014

Majlis Pelantikan Pemimpin-pemimpin Pelajar


Pada 20 Januari 2014, telah diadakan Majlis Pelantikan Pemimpin-pemimpin Pelajar bagi sesi persekolahan 2014. Majlis dirasmikan Inspektor Hamsani bin Abu Hassan (Inspektor Kepolisian Am/Komuniti Koperat, Bahagian Pembanterasan dan Pencegahan Jenayah, IPD Hulu Selangor.

Tuan Pengetua memberikan ucapan.
Tetamu Kehormat, Inspektor Hamsani bin Abu Hassan memberikan ucapan.

Watikah-watikah diserahkan.

Wednesday 15 January 2014

Latihan Merentas Desa 1 2014

Pada hari ini telah berlangsung Latihan Merentas Desa 1 bagi tahun 2014. Ketiga-tiga rumah sukan, Jati, Cengal dan Belian telah memastikan keseluruhan ahli-ahli rumah masing-masing untuk menyertai latihan ini.

penuh semangat...

rondaan keselamatan yang komited...

mula keletihan...

sudah letih... berjalan pula...

Word Mania Challenge Pusingan 1

Para pelajar SMK Gedangsa sudah mula menyertai pertandingan Word Mania Challenge Pusingan 1. Masing-masing telah cuba yang terbaik untuk mencapai sasaran mata yang tertinggi.

Penerangan diberikan sebelum bermula...
Masing-masing tekun dan bersungguh-sungguh..
Mengasah minda...

Gembira bila berjaya mendapatkan mata yang banyak...




Kerja-kerja Pelupusan Aset ICT

Proses pelupusan sudah bermula dengan pegawai-pegawai dari PPD dan Jawatankuasa Pelupusan Aset Sekolah sudah menyelesaikan perkara-perkara penting pada peringkat awal.

Semakan dibuat...

Penerangan juga diberikan...


ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...