Monday 26 August 2013

Penutupan Minggu Sains dan Matematik




Penutupan Minggu Sains dan Matematik telah disempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Gedangsa. Di dalam majlis ini, hadiah-hadiah dan sijil-sijil bagi aktiviti-aktiviti dan pertandingan-pertandingan telah disampaikan.

Sunday 25 August 2013

Program 1Bestarinet (VLE Frog)

Dimaklumkan bahawa mulai bulan September 2013, para pelajar dan guru-guru akan didedahkan; seterusnya melaksanakan program "Virtual Learning Environment (VLE)" yang bersepadu yang dinamakan 1Bestarinet. Setiap pelajar, guru dan ibubapa akan diberikan ID unik berserta kata laluan (password) untuk mengakses dan menggunakan kemudahan pembelajaran bersepadu ini. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman-laman web di bawah.



Wednesday 21 August 2013

Karnival Sains Dan Teknologi

Pada 19 Ogosi yang lalu bertempat di  Sekolah Menegah Kebangsaan Gedangsa (SMKG) telah diadakan Karnival Sains dan Teknologi bagi peringkat Daerah Hulu Selangor 2013. Terdapat 8 Aktiviti dijalankan antaranya ialah Teknologi Aeroangkasa (Pelancaran Roket), Solar Car, Solar Boat, dan Efficiency Cooking with Nature (Solar Cooking). Pada hari itu cuaca tidak berapa mengizinkan dan peserta tidak dapat menjalankan aktiviti dengan sepenuhnya. Markah pertandingan Solar Car, Solar Boat dan Solar Cooking diambil berdasarkan persembahan Power Point dan reka bentuk sahaja. Dibawah gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan .



Tempat Pendaftaran



Solar Cooking

Salah 1 Peserta

Cenderamata dan Trofi

                                            >>LAGI GAMBAR<<


Tuesday 6 August 2013

MAKLUMAN @ ADMIN

Blog ini masih dalam proses penyelenggaraan dari semasa ke semasa. Sebarang kesulitan sepanjang berada dalam blog ini amat dikesali. Sila hubungi pihak ADMIN sekiranya perlu:

1. Pn Nor Halimahtun Saadiah binti Mohd (Guru Penyelaras Bestari)

Saturday 3 August 2013

Berziarah menjelang Syawal

Add caption
Pada 2 Ogos 2013, Pengetua, beberapa orang guru serta beberapa orang pelajar telah melakukan ziarah menjelang syawal ke beberapa rumah pelajar SMK Gedangsa yang kurang berkemampuan. Sedikit sumbangan juga telah dihulurkan bagi membantu mereka meraikan Syawal yang bakal menjelma.

Pelajar SMK Gedangsa juga turut sama di dalam program ziarah Syawal.


Tuan Pengetua turut bersama-sama berziarah.


>>LAGI GAMBAR<<

Thursday 1 August 2013

Majlis Khatam al-Quran dan Iftar 2013

Sebahagian hidangan Iftar.
Sempena selesainya majlis tadarus al-Quran yang telah dijalankan sepanjang bulan Ramadan, Panitia Pendidikan Islam SMK Gedangsa dengan kerjasama Kelab Kebajikan Guru dan Staf telah mengadakan satu majlis berbuka puasa yang diselang-selikan dengan program solat hajat dan tarawikh berjamaah. 

Selain guru dan pelajar, ibu bapa juga turut memeriahkan majlis.

Solat hajat dilaksanakan.

>>LAGI GAMBAR<<

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...