Friday 29 December 2017

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2018

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 2018
TARIKH: 29 DISEMBER 2017 (JUMAAT)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK PLC SMK GEDANGSA

Program didahului dengan taklimat ringkas berkaitan unit HEM oleh PK HEM, En. Zulfakar bin Zainal Abidin diikuti dengan amanat daripada Tuan Pengetua, Hjh Subaidah binti Hj Kandar kepada ibu bapa dan penjaga murid Tingkatan 1 bagi tahun 2018.
  
Kemudian ibu bapa dan penjaga serta murid ke kelas untuk pembayaran peralatan persekolahan dan alat tulis kepada guru kelas.
Guru Tingkatan :
1 Ibnu Sina - Pn. Norayurati binti Abd Azis
1 Ibnu Khaldun - Pn. Siti Monzahura binti Mustar

Setelah selesai penjaga dan murid akan mengambil alatan persekolahan di koperasi dan buku teks di bilik SPBT.
Program berakhir pada jam 12.30 tengah hari.

Thursday 28 December 2017

MESYUARAT PENGURUSAN HEM DAN KOKURIKULUM

MESYUARAT PENGURUSAN HEM 
DAN KOKURIKULUM 1/2018
TARIKH :28 DISEMBER 2019 (KHAMIS)
MASA: 8.30 PAGI

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh Subaidah binti Hj Kandar.
Beliau memberi penerangan berkaitan tugas dan pengurusan unit HEM dan Kokurikulum.
Mesyuarat tamat pada jam 2.00 petang.


Wednesday 27 December 2017

MESYUARAT PENGURUSAN DAN KURIKULUM 1/2018


MESYUARAT PENGURUSAN DAN KURIKULUM 1/2018
TARIKH : 27 DISEMBER 2017 (RABU)
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT SMK GEDANGSA


Mesyuarat diadakan bagi penyebaran perancangan dan takwim 2018. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengetua, Pn. Hjh Subaidah binti Hj Kandar






Tuan Pengetua menerangkan dasar-dasar KPM kepada guru-guru dan tugas-tugas guru untuk panduan pengurusan dan kurikulum 2018.






Guru-guru tekun mendengar penjelaslan yang disampikan oleh Tuan Pengetua. Guru dibekalkan dengan Manual Pengurusan Sekolah 2018 dan Buku Panduan Tugas Guru untuk panduan. Mesyuarat tamat pada jam 2.00 petang.


ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...