Thursday 20 March 2014

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

Pada hari ini 20 Mac 2014, telah diadakan majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik SMK Gedangsa 2014. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang di dalam pelbagai aspek telah dianugerahkan sijil-sijil penghargaaan. 

Majlis telah dirasmikan oleh Datuk Mohd Isa bin Abu Kasim.

Tuan Pengetua menyambut ketibaan Datuk Mohd Isa.

Antara tetamu-tetamu yang hadir.

Sijil disampaikan

Tahniah..


Monday 3 March 2014

Pelancaran Karnival Sains dan Matematik 2014 (Panitia Sains dan Matematik)


Hari ini telah dilancarkan Karnival Sains dan Matematik yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik SMK Gedangsa. Majlis dimulakan dengan Pn. Shahrizan sebagai pengerusi majlis dan ucapan-ucapan oleh ketua Panitia Sains dan Matematik serta dirasmikan oleh Tn. Hj. Dian bin Masri selaku wakil Tn. Pengetua. Karnival akan bermula pada hari ini sehingga 17 Mac 2014. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan adalah, MATH MAGIC, SUDOKU, IQ PUZZLE, SAINTIS MUDA, PERTANDINGAN ROKET AIR, SOLAR COOKING, PERTANDINGAN PAYUNG TERJUN, TEKA SILANG KATA serta DEMONSTRASI MEMBEDAH KATAK.

Ucapan Puan Diwi Sajaratudur binti Lahuri (GKMP Sains dan Matematik)
Gimik pelancaran Karnival Sains dan Matematik oleh Tuan Haji Dian bin Masri (GPK HEM)
Kuiz spontan Matematik oleh Puan Zahrah binti Masuri

Kuiz spontan Sains oleh Puan Robikhah binti Tahrir

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...