Wednesday, 30 January 2013

MAKLUMAT UNTUK SEMUA RUMAH SUKAN (SAMBUTAN MAULIDUR RASUL)





NASYID

1. Wajib bagi setiap rumah sukan menghantar dua pasukan nasyid (Lelaki/ Perempuan).

2. Dua buah lagu bertemakan Rasulullah.

3. Satu lagu WAJIB dalam bahasa arab/ Satu lagu BEBAS bertemakan Rasulullah.

4. Setiap pasukan WAJIB menghantar 10 orang peserta.

5. Setiap rumah sukan boleh menghantar pasukan nasyid tambahan.


TOKOH MAULIDUR RASUL

1. Dipilih daripada pelajar islam.

2. Hanya seorang pelajar sahaja akan dipilih.

3. Kreatiria :
                a. Pakaian
                b. Kesopanan
                c. Sahsiah
                d. Ketrampilan
                e. Kepimpinan


PERARAKAN

1. Mengikut Rumah Sukan.

2. Tidak semestinya mengikut warna rumah sukan (BEBAS).

3. Wajib menyediakan satu sepanduk bagi setiap rumah sukan.

4. Perarakan mengikut kumpulan lelaki dan perempuan.

5. Berarak sambil berselawat.

6. Permarkahan dikira dari segi keseluruhan :
                                                                   a. Pakaian
                                                                   b. Sepanduk
                                                                   c. Selawat
                                                                   d. Keseragaman
                                                                   e. Bonus




Saturday, 19 January 2013

BANTUAN PERSEKOLAH RM100



Pada 16 Januari yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Gedangsa telah menjalankan satu program iaitu Bantuan Persekolahan yang disumbangkan oleh kerajaan, Kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah. Untuk ini, sebanyak 2.6 bilion ringgit diperuntukkan pada tahun 2013. Bantuan itu sudah diagihkan pada hari tersebut, hampir semua ibu bapa telah hadir untuk menerima bantuan ini. Ibu bapa hanya perlu bawa kad pengenalan untuk menerima duit bantuan daripada guru kelas anak-anak.



Barisan Terhormat.


Guru kelas bertanggungjawab menyerahkan duit bantuan.




Thursday, 10 January 2013

Latihan Merentas Desa 1


Pada 9 Januari yang lalu Sekolah Menegah Kebangsaan Gedangsa telah menjalankan latihan merentas desa 1. Semua pelajar terlibat dalam larian ini, objektif latihan larian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi stamina untuk larian yang sebenar. Program ini berjalan dengan lancar dan tidak ada kecederaan dikalangan pelajar.

Mengambil Kedatangan Sebelum Memulakan Larian


Kereta cikgu Hafiyati mengalami kerosakan teknikal. 



Taklimat Sebelum Larian.

Para Pelajar Yang Hadir.
Peace :)
Sempat Posing :)

Peace :)


Cikgu Abdullah



Saya Kuat :)



Di Kampung Bahagia 




Pelari No. 1 Bawah 15 Tahun


Atlit Sekolah
Muhammad Alif Haiqal Bin Haron
Tengok Lebih Lanjut Disini
   http://smkgedangsa.blogspot.com/2012/10/muhammad-alif-haiqal-bin-haron-satu.html



Peace :)








Cikgu Shuib hampir sampai.

Klasik :)

Fuhh..letih bang ?

Santai dulu..


Muka keletihan + Senyuman

Muka Steady :)

Wednesday, 9 January 2013

Gotong-Royong Pertama



SMK Gedangsa telah menganjurkan aktiviti gotong-royong dalam usaha untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan pelajar yang baru memulakan sesi persekolahan 2013 pada 5 Januari yang lalu. Usaha ini telah mendapat sambutan dan penyertaan dari  pelajar SMK dah hasilnya amatlah membanggakan. Seluruh kawasan sekolah telah dibersihkan terutamanya di kawasan blok pembelajaran murid yang agak kotor dan bersepah sejak terbiar apabila musim cuti sekolah bermula tempohari.

Keadaan kawasan tersebut telah dibersihkan untuk digunakan pada sesi pembelajaran 2013 yang bakal memberikan cabaran baru kepada semua pelajar SMK Gedangsa. Program ini berjalan mengikut perancangan dan berjaya mencapai matlamatnya. Menjadi harapan guru-guru agar pelajar dapat bersama sama dalam membangunkan kecemerlangan SMK di masa akan datang.



                 Para pelajar mendengar taklimat daripada guru kelas.


Senyuman :)


                          Sesiapa yang mengecat tu faham-faham la yer..


pecah tanah.






                               Sempat lagi main bola.