SMK Gedangsa telah menganjurkan aktiviti gotong-royong dalam usaha untuk memupuk semangat kerjasama berpasukan di kalangan pelajar yang baru memulakan sesi persekolahan 2013 pada 5 Januari yang lalu. Usaha ini telah mendapat sambutan dan penyertaan dari pelajar SMK dah hasilnya amatlah membanggakan. Seluruh kawasan sekolah telah dibersihkan terutamanya di kawasan blok pembelajaran murid yang agak kotor dan bersepah sejak terbiar apabila musim cuti sekolah bermula tempohari.
Keadaan kawasan tersebut telah dibersihkan untuk digunakan pada sesi pembelajaran 2013 yang bakal memberikan cabaran baru kepada semua pelajar SMK Gedangsa. Program ini berjalan mengikut perancangan dan berjaya mencapai matlamatnya. Menjadi harapan guru-guru agar pelajar dapat bersama sama dalam membangunkan kecemerlangan SMK di masa akan datang.
Para pelajar mendengar taklimat daripada guru kelas.
Senyuman :)
Sesiapa yang mengecat tu faham-faham la yer..
pecah tanah.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dengan tanggungjawab anda sendiri.