Friday 18 February 2011

TIPS MEMBELI LAPTOP


Berikut dikongsi sedikit panduan untuk rakan2 sekalian yang bercadang membeli laptop. Secara peribadi saya berpendapat laptop/netbook sudah menjadi satu keperluan pada masa kini. Secara analoginya saya rasa laptop ni ibarat handphone juga(mobile item). Maksud saya kalau kita guna PC (personal computer)kerja kita terbatas di suatu tempat shj..begitu juga kalau guna telefon rumah..huuuu btul ke analogi tuuu. Apa2pun jom kita kongsi tips di bawah:-

Jika anda masih belum membeli sebuah komputer riba biasanya, iklan-iklan komputer riba ini mungkin agak mengelirukan sedikit dengan menyatakan perkara – perkara seperti “2GB RAM, 8GB SSD, Level II cache,” dan sebagainya. Jadi ciri-ciri asas yang perlu kita ketahui ialah:

Processor. Terdapat banyak processor yang berbeza berada di pasaran menjadikan kita sukar bagi untuk memilih sesuatu yang betul dan bertepatan untuk kita. Sekiranya kita memandang untuk prestasi yang mengagumkan seperti yang terdapat pada Intel® Core™ processor. Jika kita telah mempunyai satu komputer riba atau komputer meja dan mencari satu komputer riba kecil yang dipanggil netbook,kita patut mengetahui tentang Intel® Atom™ processor .

Saiz skrin. Pada hari ini terdapat banyak saiz – saiz dalam computer riba. Anda boleh memilih satu tablet saiz komputer dengan sebuah skrin iaitu sekecil lima inci lebar atau sebesar gergasi dengan skrin 20 inci skrin yang sempurna untuk bermain DVDs, video dan game. Jadi pilihlah saiz skrin yang bersesuaian dengan anda.

Jangka Hayat bateri. Dalam beberapa tahun lepas, bateri komputer riba hanya boleh bertahan dalam tempoh lebih kurang dua jam. Pada waktu kini dengan kemajuan-kemajuan yang mengagumkan dalam processor technology, sistem pengendalian, dan teknologi bateri, komputer-komputer riba dapat bertahan lebih kurang lapan jam atau lebih sebelum ianya di cas semula. Maybankard 2 Cards. 2 is all you need. Find out more.

RAM. Random Acsess Memory atau ianya bermaksud ‘memori capaian rawak’. RAM menyediakan ruang untuk membaca dan menulis data untuk dicapai oleh komputer riba anda. Sesetengah computer riba hadir dengan 512 MB RAM , tetapi kebanyakan pengguna komputer akan mahu sekurang-kurangnya 1 GB atau yang lebih. Anda juga boleh meng ‘upgrade’ ram ini pada masa akan datang.

CD / DVD Drive. Komputer riba yang bagus boleh bertindak seperti satu pusat hiburan serta alat perniagaan. Sesetengah disc drive hanya boleh membaca CD-ROMs dan sesetengah yang lain boleh merekodkan CD dan DVD.

Storage Space. Bermaksud Ruang simpanan. Contohnya dengan 160GB anda boleh menyimpan hampir 40,000 buah lagu pada computer riba anda. Jadi sekiranya terdapat lebih ruang simpanan untuk komputer riba anda ianya lebih baik.

Tapi apa yang bagusnya kita boleh membeli ‘external hard disk’ untuk meningkatkan ‘storage capacity’ bagi melakukan kerja – kerja tambahan yang memerlukan ruang simpanan yang lebih besar.

Ethernet Port. Tidak semua model-model komputer riba semasa terdapat Ethernet port yang boleh menghubungkan komputer dengan satu modem DSL . Nanti tak boleh pula nak bertenet…

WiFi. Jika komputer riba baru anda ada WiFi membolehkan anda menggunakan tempat tumpuan wayarles seperti kedai kopi pak mat, perpustakaan-perpustakaan,menara condong teluk intan atau mana – mana terdapatnya spot WiFi ni. Kalau ada WiFi dan anda selalu keluar menjalankan tugas ianya menjadi mudah bagi anda

Itulah serba sedikit tips – tips sekiranya anda nak membeli seketul Laptop atau psp computer riba..

Dan yang terakhir pasal pre –loaded software dan license agreements. Pastikan software yang original kadang – kadang computer baru ni datang dengan dengan trial version selama 60 hari atau kurang. Dah habis tempoh percubaan kena beli pula.

Jadi sebelum membeli sebuah computer riba, Tanya dengan jurujualnya apa software pakej yang diserta bersama pembelian tersebut.. kalau tak pandai bawalah kawan – kawan yang arif mengenai computer riba ni. Ambil langkah yang selamat.. supaya anda puas hati…. INGAT Anda beli laptop ikut keperluan anda bukannya ikut orang lain.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dengan tanggungjawab anda sendiri.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...