Wednesday 24 October 2012

Muhammad Alif Haiqal bin Haron, satu temubual


SMK Gedangsa bertuah kerana mempunyai pelajar yang telah terpilih untuk menjalani satu program latihan bolasepak di Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales. Ikuti temubual ringkas unit ICT bersama adik Muhammad Alif Haiqal Haron.


Nama Penuh: Muhammad Alif Haiqal bin Haron
Kediaman: Kg. Bahagia FELDA Gedangsa
Bapa: Haron bin Hussin
Ibu: Samsidah binti Hamid


Sejak bila anda mempunyai minat bermain bola?
Sejak di bangku sekolah tadika, saya telah mempunyai minat yang mendalam di dalam permainan bola sepak. Saya merasa seronok dengan sukan ini kerana ianya mencabar dan menguji ketahanan fizikal dan juga mental saya. Antara ujian yang saya pernah lalui adalah ketika menghadapi tekanan di dalam beberapa perlawanan di mana asakan dari pihak lawan menyebabkan saya agak panik. Namun saya cuba hilangkan perasaan itu dengan mengingati semula strategi-strategi yang telah saya pelajari.


Apakah bentuk latihan yang anda perolehi?
Saya mendapat latihan asas bola sepak dengan melihat contoh-contoh permainan oleh pemain-pemain ternama seperti Fernando Torres dan Safee Sali. Kedua-dua mereka merupakan contoh terbaik yang saya cuba ikuti.


Bagaimanakah cara anda membahagikan masa di antara akademik dan juga ko-kurikulum?
Saya menumpukan perhatian di dalam pelajaran ketika sesi di sekolah pagi. Kemudian di waktu petang saya bermain bola bersama rakan-rakan di gelanggang Futsal FELDA Gedangsa. Ulankaji dan kerja rumah saya lakukan di sebelah malam.

Apakah pencapaian anda yang terkini di dalam sukan bolasepak?
Saya telah menjuarai kejohanan MSSM pada bulan Julai yang lalu mewakili pasukan negeri Selangor bawah 15 tahun dengan melawan pasukan MSSM Melaka pada perlawanan akhir. Kami menang dengan sepakan penalti setelah perlawanan terikat 1-1 sehingga akhir perlawanan.

Ceritakan sedikit tentang projek yang anda terlibat pada masa akan datang.
Saya telah terpilih untuk satu program iaitu  Program Penghantaran Anak/Waris FELDA ke 
Akademi Bolasepak Cardiff City, Wales. Ianya akan berlansung pada 11 November hingga 10 
Disember 2012. Seramai 50 orang telah terpilih di dalam program ini bersama-sama saya.

Apa harapan anda di masa hadapan?
Saya menaruh harapan yang besar untuk mewakili pasukan bolasepak Malaysia dan seterusnya memajukan lagi industri bolasepak negara agar setanding dengan pasukan-pasukan ternama dunia.


No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dengan tanggungjawab anda sendiri.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...