Friday 20 September 2013

SMK Gedangsa Dilanggar 'Sus Scrofa'

Beberapa minggu yang lepas kawasan sekolah telah digemparkan dengan kehadiran "CROP CIRCLES" yang aneh di atas padang dan beberapa tempat di kawasan sekolah. Gambar-gambar di bawah menunjukkan "Crop Circles" yang dibentuk....



Beberapa pakar CROP CIRCLES sekolah telah meninjau kemusnahan padang yang dilakukan. Punca yang dikenalpasti adalah sejenis entiti yang bertabiat menyondol tanah dan kehadiran entiti-entiti di di dalam jumlah yang besar itu adalah disebabkan keadaan padang sekolah yang tidak berpagar.
Entiti-entiti tersebut dikenalpasti sebagai 'Sus Scrofa'
Pihak sekolah telah mendapatkan kerjasama Jabatan PERHILITAN untuk mengatasi masalah ini buat sementara waktu. Rentetan itu satu OPS "Pumba Hakuna Matata" telah dijalankan di mana pada waktu siang intipan dijalankan manakala pada waktu malam operasi pembersihan pula telah dilakukan. Di bawah adalah hasil operasi tersebut.


Intipan dilakukan.


Operasi pembersihan






No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dengan tanggungjawab anda sendiri.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...