Sunday, 30 January 2011

APAKAH EMAIL ?

E-mail
E-mel (singkatan bagi electronic mail/”mel elektronik”; juga dieja emel) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima mesej melalui sistem komunikasi elektronik. Istilah “e-mel” (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel Internet berasaskan Protokol Pemindahan Mel Mudah (Simple Mail Transfer Protocol, SMTP) dan juga sistem-sistem X.400, serta sistem-sitem intranet yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama kumpulan kerja sebegini boleh menggunakan protokol Internet atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil “spam”, namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.

Asal-usul

E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan Internet, dan sebenarnya merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet. Pada tahun 1961, MIT mula-mula mendemonstrasi Sistem Pengongsian Masa Serasi (Compatible Time-Sharing System, CTSS) yang membolehkan ramai pengguna melog masuk ke dalam IBM 7094 dari terminal dailan jarak jauh, serta menyimpan fail-fail atas talian ke dalam cakera. Kebolehan baru ini menggalakkan para pengguna berkongsi maklumat dengan cara-cara baru. E-mel dimulakan pada tahun 1965 sebagai satu kaedah untuk ramai pengguna komputer kerangka utama berkongsi masa untuk berkomunikasi sesama sendiri. Sungguhpun sejarah tepatnya tidak jelas, namun antara sistem-sistem terawal yang memiliki kemudahan sebegini ialah Q32 oleh SDCdan CTSS oleh MIT.

E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi e-mel rangkaian yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966 (ada kemungkinan bahawa sistem SAGE agak serupa dengan ini berapa ketika sebelumnya).

Rangkaian komputer ARPANET memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969. Ray Tomlinson memulakan penggunaan lambang @ untuk memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun 1971. ARPANET banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel menjadi aplikasi pembubuh bagi ARPANET

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dengan tanggungjawab anda sendiri.

ATLET BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA

   ATLET  BOLING TEMPIN SMKG GEDANGSA Pasukan boling tempin  telah menyertai Kejohanan Boling Tempin MSSD pada  25 Julai 2020 (Isnin) dalam ...